suria

Hari-hari dapat ‘berkepit’ dengan suami, wanita ini makin seronok berniaga air balang... Lupa kisah perit dibuang kerja selepas kahwin

Pika dibuang kerja selepas gagal hadir ke pejabat dalam tempoh yang ditetapkan.

DIUJI dengan kehilangan pekerjaan bukanlah perkara mudah, malah ramai yang dilaporkan mengalami tekanan perasaan disebabkannya.

Pernah melalui situasi yang sama, Nurul Atiqah Mohd Radzi mengakui dihantui rasa sedih dan berputus asa.

Tambahan pula, notis pemberhentian itu diterima pada Mac 2020 iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sepenuhnya.

Bagaimanapun, wanita berusia 31 tahun itu kembali bangkit dan terus melangkah bersama suaminya dengan mengusahakan bisnes air balang.

Memulakan cerita tentang kesukaran yang pernah dialami, ujar anak jati Kuala Lumpur itu, dia pada awalnya bekerja di sebuah syarikat swasta yang dikenali sebagai IBM sejak 2018.

“Disebabkan mendapat tawaran yang lebih tinggi, saya buat keputusan untuk berhenti kerja di IBM dan berhijrah ke Singapura.

“Lagipun tunang saya menetap di Johor dan saya pula akan melangsungkan perkahwinan pada Mac 2020. Masa tu saya rasa memang berbaloi kalau terima sebab mula tugasan pada Julai 2019.

“Tapi disebabkan penularan wabak Covid-19, Malaysia menguatkuasakan PKP dan saya tidak dapat kembali ke Singapura untuk bekerja.

Permulaan jual air balang di sekitar Bandar Sri Damansara.

Permulaan jual air balang di sekitar Bandar Sri Damansara.

“Jadi, saya diberhentikan kerja walaupun tidak sampai setahun berkhidmat sebagai pembantu perakaunan di sana. Alasan syarikat juga sebab mereka terpaksa menstruktur semula pekerja supaya dapat terus beroperasi," jelasnya ketika dihubungi mStar.

Menurutnya yang mesra dipanggil Pika, selepas berjaya bangkit daripada kemurungan, dia mula berniaga air balang dengan suami di sekitar Lembah Klang selepas tidak dapat merentas negeri dan pulang ke Johor.

Ujarnya, pada peringkat awal dia dan suami hanya menjual air teh ais dengan harga RM5 sebungkus.

“Suami memang pandai berniaga. Jadi dia uruskan semuanya... kami mula dengan COD (hantar rumah ke rumah) di sekitar Bandar Sri Damansara.

Bisnes air berkembang maju dalam tempoh satu bulan.

Bisnes air berkembang maju dalam tempoh satu bulan.

“Pada masa tu memang permintaan tinggi sampai ada ejen di seluruh Malaysia kecuali Borneo. Apabila dah banyak permintaan daripada luar tu, kami tukar kepada botol pula.

“Rezeki Allah kami dapat recruit almost 100 ejen seluruh Malaysia. Kebetulan masa tu ramai orang bekerja daripada rumah dan ada yang kena buang kerja termasuk gaji dipotong,” ujarnya yang terkejut apabila bisnes berkembang maju dalam tempoh kurang satu bulan.

Mula-mula tu memang perit sebab saya dah biasa makan gaji, pengalaman sebagai akauntan pun dah lebih empat tahun. Tiba-tiba masuk bidang bisnes pula, memang rasa lain sangat.

NURUL ATIQAH

Tambahnya, harga air botol hanyalah RM6 dan ia berkemungkinan mendorong pelanggan membelinya.

Bagaimanapun katanya, disebabkan sektor ekonomi sudah mula dibuka secara berperingkat dan kembali rancak, ejennya semakin berkurangan.

“Mereka mungkin dah kembali sibuk dengan kerja masing-masing. Jadi kami buat adjustment pada bisnes dengan memperkenalkan mango joget.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 bulan tak dapat bayaran penuh, sekali bersuara tanya pasal gaji terus dipecat! Lelaki cuma ada RM30 untuk sara keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga hidup melarat... Hutang keliling pinggang gara-gara suami dibuang kerja kerana bipolar! Isteri pula sarat mengandung

“Saya dan suami mula berniaga di tepi jalan di Subang Bestari sehingga sekarang,” ujarnya yang mula jatuh cinta dengan bisnes tersebut sehingga berjaya membuka kedai di Kampung Merbau Sempak di Sungai Buloh, Selangor yang dikenali sebagai Kopi Sudin.

Menurutnya, kedai tersebut dibuka bermula Februari.

Pika memiliki suami yang positif dan suka memberi sokongan.

Pika memiliki suami yang positif dan suka memberi sokongan.

Katanya lagi, keperitan yang dirasai selepas kehilangan kerja mula membenihkan rasa gembira tambahan pula kebanyakan masa dapat dihabiskan bersama suami tercinta.

“Mula-mula tu memang perit sebab saya dah biasa makan gaji, pengalaman sebagai akauntan pun dah lebih empat tahun. Tiba-tiba masuk bidang bisnes pula, memang rasa lain sangat.

“Alhamdulillah suami seorang yang positif dan menjadi penyokong saya sepanjang tempoh sukar tu. Jadi, suami jaga bahagian operasi dan saya urus tadbir kewangan serta beberapa perkara lain,” tambahnya yang kini gembira dengan pencapaiannya.

Malah dia turut mengakui bahawa tidak akan kembali ‘makan gaji’ sebaliknya ingin meneruskan bisnes air balang bersama suami serta mengembangkan perniagaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain