suria

Kesian pengantin! Mak ayah berangan majlis gah, duit anak diperah siap suruh buat loan! Wang salam kaut dah cop awal

Permintaan ibu bapa yang berkeras untuk mengadakan majlis kenduri secara besar-besaran.

BAGI setiap pasangan bakal berkahwin pasti ada sahaja ujian dan dugaan terpaksa ditempuh sebelum bergelar suami isteri.

Begitulah apa yang diceritakan oleh bakal pengantin ini sambil meluahkan rasa kesal dengan sikap kedua-dua orang tuanya.

Ia berikutan permintaan ibu bapa yang berkeras untuk mengadakan majlis kenduri secara besar-besaran yang bakal berlangsung hujung tahun ini.

Ciapan asal yang menjadi tular.

Menerusi satu ciapan oleh Twtmalaywedding yang menjadi tular di Twitter, pelayar tersebut telah berkongsi satu hantaran yang dibuat oleh bakal pengantin.

"Inilah masalah yang sebenarnya bila nak buat majlis kahwin. Tapi mak bapa yang perah duit anak-anak tanpa membantu dan menjadi beban pada anak sendiri.

"Nak tak nak kena 'lawan'. Tolong jangan buat pinjaman hanya kerana untuk majlis satu hari tu. Bagi alasan pinjaman tak lulus ke apa," tulisnya pada ciapan di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis nikah batal, wanita tetap ambil baju kahwin idaman harga 8K... menangis di fitting room sampai designer pun kesian!

ARTIKEL BERKAITAN: Empat sepupu sanding berjemaah! ‘Pengantin lama’ tak mahu kalah, tengah mengandung pun sarung baju kahwin

Katanya, sememangnya ramai menggunakan atau membelanjakan wang hantaran persiapan perkahwinan.

Namun, semua itu berbalik pada perbincangan yang sudah dipersetujui.

Luahan hati bakal pengantin ini melalui mesej secara peribadi (direct message) bagaimanapun telah mendapat perhatian warga maya.

"Saya bakal berkahwin hujung tahun ni. Dari awal lagi saya dah cakap saya tak nak buat mailis sebab saya dan pasangan hanya kumpul duit buat nikah sahaja.

"Ibu bapa saya insist nak buat majlis. Majlis pula ikut tekak mereka. Yang menjadi masalah sekarang adalah duit.

Cadangan diberikan oleh @Twtmalaywedding.

"Ibu bapa selalu tekankan bahawa duit hantaran adalah duit untuk kegunaan majlis. Saya rasa marah sebab duit tu saya nak simpan untuk kegunaan kehidupan selepas berkahwin," katanya.

Dalam pada itu, ibu bapanya juga dikatakan telah memandai-mandai menempah segala persiapan untuk perkahwinannya.

Walaupun sudah diberitahu bahawa dia tidak memiliki wang yang mencukupi, mereka meminta anaknya ini membuat pinjaman bagi melaksanakan majlis.

"Saya tak nak sebab pertama... saya memang tak buat majlis. Kedua, tu bukan majlis yang saya mahukan... erti kata lain bukan dream wedding saya.

Balas netizen yang bersetuju dengan @Twtmalaywedding.

"Parents saya pula awal-awal dah cakap saya tak boleh ambik salam kaut tu nanti. Semua tu untuk mereka saja. Kalau saya yang keluar duit, salam kaut saya tak boleh ambil."

Ujarnya, dia sendiri buntu dengan aturan dibuat oleh kedua-dua orang tuanya yang mahukan duit diberikan oleh tetamu yang hadir.

Walhal, dia sendiri yang telah menghabiskan duit sendiri untuk melaksanakan majlis kenduri bukan atas kehendaknya ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain