suria

Sakit hati tengok pelancong tarik badan, cekik leher penyu ketika snorkeling... Penduduk Pulau Redang pun rasa geram!

Kejadian itu berlaku di Pulau Redang sehingga menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

TINDAKAN seorang lelaki memegang dan menarik seekor penyu ketika melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Redang, Terengganu mengundang kecaman pengguna media sosial.

Dalam satu rakaman tular, dia kelihatan memegang haiwan itu dengan kasar sebelum naik ke arah permukaan air.

Video itu meraih perhatian ramai selepas dikongsi ke aplikasi TikTok oleh seorang penduduk Pulau Redang yang dikenali sebagai Sue Rusli.

Menurut Sue, 31, dia terkilan dengan tindakan lelaki itu dan berharap apa yang berlaku tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Saya nampak ramai orang post video tu di WhatsApp. Video tu tersebar dalam kalangan orang pulau. Jadi saya minta video itu dengan sepupu dan saya kongsikan ke TikTok.

"Ramai orang kampung kami geram dengan pelaku. Setakat ini tak tahu siapa dia, tapi dia dipercayai orang luar yang datang melancong.

ARTIKEL BERKAITAN: Boatman dikecam selepas layan kehendak gadis nak selfie, pegang penyu - “Terjun dasar terus bawa naik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang fikir saya bodoh dan tak cintakan alam” - Gadis nafi tak sayang penyu, akui ‘minum air rasa kertas’ selepas larangan guna straw plastik

"Sakit hati tengok dia tarik-tarik penyu, cekik leher. Orang Pulau Redang jaga penyu sebaik mungkin, tapi orang luar buat macam ni," ujarnya dalam nada kesal.

Sue yang turut membantu bapanya mengusahakan resort di pulau itu sempat menitipkan pesan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga kepentingan alam, khususnya ketika berkunjung ke lokasi pelancongan.

"Sejujurnya memang sedih dan sakit hati tengok video tu. Kalau datang ke tempat orang, jangan pandai-pandai buat macam tu. Tengok je macam biasa.

penyu3

Ramai menggesa agar pelaku dikenakan tindakan tegas.

"Boat man pun selalu pesan kepada pelancong agar jangan sentuh ikan, penyu dan batu karang. Kita semua pun tahu tak patut untuk sentuh. Tak perlulah pergi ambil penyu tu sampai ke dasar air," ujarnya lagi.

Untuk rekod, video yang dikongsi di TikTok Sue sehingga kini meraih lebih 600,000 tontonan.

Malah, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa berang atas tindakan tidak sensitif lelaki dalam video tular itu.

"Kenapa seksa penyu tu? Heret sapai macam tu sekali?

"Kesian penyu tu. Mesti dia rasa terancam apabila orang buat dia macam tu.

Sakit hati tengok dia tarik-tarik penyu, cekik leher.

SUE RUSLI

"Betul tu mana boleh pegang. Buat report. Ni jenis tak faham bahasa.

"Dia buat penyu tu macam kucing je," tulis beberapa netizen.

Selain itu, video berkenaan turut dimuat naik ke laman Twitter @ZoologiMY sehingga meraih perhatian ramai netizen.

"Please don’t do this ya. Jangan kacau penyu di dalam laut mahupun di darat.

"Jangan ganggu hidupan liar just untuk jadikan content media sosial awak," tulis pengendali Twitter @ZoologiMY.

Mengikut Akta 317, Akta Perikanan 1985, tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil apa-apa mamalia akuatik atau penyu yang dijumpai di luar bidang kuasa mana-mana negeri dalam Malaysia.

penyu1

Antara komen netizen di TikTok.

Peruntukan undang-undang negeri yang relevan hendaklah terpakai berkenaan dengan mamalia akuatik dan penyu yang dijumpai dalam bidang kuasa itu.

Jika mana-mana mamalia akuatik atau penyu yang dijumpai di luar bidang kuasa itu ditangkap atau diambil dengan tidak sengaja semasa menangkap ikan, mamalia akuatik atau penyu itu hendaklah, jika masih hidup,

dilepaskan dengan segera.

Jika telah mati, penangkapan atau pengambilannya itu hendaklah dilaporkan kepada pegawai perikanan dan mamalia akuatik atau penyu berkenaan hendaklah dilupuskan mengikut arahan-arahannya.

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau subseksyen (3) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain