suria

Boatman dikecam selepas layan kehendak gadis nak selfie, pegang penyu - “Terjun dasar terus bawa naik”

Foto yang dikongsi mengundang kecaman ramai netizen khususnya di laman Twitter.

BAGAI tidak lengkap kunjungan kita ke mana-mana pulau seandainya tidak melakukan aktiviti snorkeling.

Lebih seronok jika dapat berenang sambil dikelilingi hidupan laut dan menikmati keindahan pemandangan di dasarnya.

Terbaharu, perkongsian foto oleh seorang individu di Facebook mengenai kunjungannya ke Pulau Perhentian, Terengganu mengundang perhatian ramai netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang fikir saya bodoh dan tak cintakan alam” - Gadis nafi tak sayang penyu, akui ‘minum air rasa kertas’ selepas larangan guna straw plastik

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Terengganu kongsi itinerary RM250 ke Pulau Mabul bikin ramai teruja... siap ada bot lutsinar terapung di laut - “Saya nak tengok view sambil layan perasaan”

Paparan skrin posting memaparkan aksi gadis itu yang memegang seekor penyu turut dikongsi semula ke Twitter sehingga ia menimbulkan perdebatan ramai.

"Puas hati dengan servis. Minta nak private boat pun dapat. Nak penyu pun dapat.

"Saya nak snap pic dengan penyu... boleh dik! Terus bot man terjun dasar bawa naik penyu," tulis individu itu di Facebook.

Menurut seorang pelayar Twitter dikenali sebagai @sharifahsofia, perbuatan seperti itu tidak wajar dibangga-banggakan.

Infografik berkaitan penyu oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

"Kamu tak patut bangga dengan sesuatu seperti ini.

"Guys, saya sedang mencari siapa operator terlibat. Jika tahu, tolong maklumkan pada saya," ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Twitter turut mengecam tindakan pelancong berkenaan yang selamba memegang cengkerang haiwan terancam itu.

Dive centre yang berkenaan harus dibatalkan lesen serta merta.

NETIZEN

Selain pelancong, penyedia perkhidmatan berkenaan turut diselar netizen yang mana mereka disifatkan sanggup mengambil risiko semata-mata untuk kepuasan pelanggan.

"Mengejutkan. Patutlah pulau-pulau kita makin teruk. Dengan pelancong dan operator begini, kita akan jadi seperti Rantau Abang yang sudah tiada penyu lagi.

Ramai mengecam tindakan pelancong itu memandangkan penyu merupakan haiwan terancam.

"Inilah kenapa saya benci snorkeling. Manusia sangat dungu, mereka tak boleh faham, apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan.

"Ini sangat teruk. Manusia sepatutnya melindungi, bukan menyakiti mereka.

"Ini sangat tidak beretika dan dive centre yang berkenaan harus dibatalkan lesen serta merta," tulis beberapa netizen.

Posting asal yang ditularkan di media sosial.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, di bawah Seksyen 27, Akta Perikanan 1985, tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambi penyu (termasuk telur penyu).

Malah, sesiapa yang melakukan kesalahan sebgaaimana dinayatakan boleh diambil tindakan penguatkuasaan di bawah akta tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain