suria

Raih naib juara, Miss Malaysia dianggap ratu sebenar selepas berlari bantu penyampai hadiah jatuh pentas... terserlah cantik dalaman!

Sandra menjadi sebutan ramai selepas cuba membantu seorang VIP yang terjatuh ke bawah pentas.

KEJAYAAN wakil Malaysia, Sandra Lim yang dinobatkan sebagai naib juara dalam pertandingan ratu cantik Miss Global 2022, yang berlangsung di Bali, Indonesia pada Sabtu lalu sememangnya mengharumkan nama negara di persada dunia.

Bukan sahaja memiliki raut wajah jelita yang menjadi sebutan ramai, satu insiden tidak terduga yang berlaku pada malam final sekali gus menyerlahkan sisi kecantikan sebenar gadis berusia 21 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Ketika sedang berdiri di pentas bersama finalis dan peserta lain sewaktu sesi pengumuman pemenang, dengan tidak semena-mena seorang lelaki penyampai hadiah terjatuh dari pentas dan kejadian tersebut berlaku di hadapan mata Sandra dan rakan-rakan lain.

Tanpa teragak-agak, Sandra menjadi orang pertama terus menerpa dan mendapatkan lelaki berkenaan untuk cuba menghulurkan bantuan sebelum didatangi beberapa kru produksi.

Menerusi rakaman video ketika siaran langsung pertandingan itu yang kini tular di media sosial, lelaki itu dilihat sukar untuk berdiri semula selepas terjatuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula tiada penaja, akhirnya peserta Miss World Malaysia dapat terbang ke London dengan 8 bagasi

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia menang 'Kostum Kebangsaan Terbaik' Miss Universe 2019

Sikapnya yang peka dengan keadaan sekeliling dan tidak berlengah menghulurkan bantuan mengundang pujian melangit daripada warga maya termasuk netizen dari Indonesia.

Sekalipun tidak dimahkotakan sebagai Miss Global 2022, Sandra ternyata berjaya mencuri hati penonton dan warga maya dengan kemurnian hatinya.

sandra 2

Sandra (kanan) dimahkotakan sebagai Naib Juara Miss Global 2022.

Perkongsian video tersebut 'meriah' dengan komen netizen yang memuji Sandra yang disifatkan mempunyai kecantikan luaran dan dalaman.

"Bangga dengan kamu. Kamu memukau dalam pelbagai cara, bukan hanya di pentas tetapi juga di luar dengan hati kamu yang tulus dan kemuliaan hati.

"Miss Malaysia menang di hati semua orang!

Salute bangat dengan Miss Malaysia... kenapa bukan dia aja yang jadi pemenang?

NETIZEN

"Kecantikan dalaman seorang ratu. Kamu memenangi hati semua orang, Miss Malaysia.

"Salute bangat dengan Miss Malaysia... kenapa bukan dia aja yang jadi pemenang?" demikian antara komen netizen.

Dalam pertandingan tersebut, wakil Filipina, Shane Tormes dinobatkan sebagai Miss Global 2022 manakala peserta Australia di tempat ketiga.

Difahamkan, ketika sesi rehearsal 'lubang pentas' yang sama juga telah menyebabkan beberapa peserta terjatuh.

komen sandra

Laman komen 'meriah' dengan pujian netizen yang kagum dengan Sandra.

Serba sedikit mengenai Sandra, gadis ini merupakan bekas atlet seni bela diri negara.

Sedekad bergelar ahli sukan, dia kemudian mengambil keputusan untuk berkecimpung dalam bidang peragaan.

Semakin dikenali ramai, Sandra sehingga kini mengumpul seramai 20,000 jumlah pengikut di Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain