Mula-mula tiada penaja, akhirnya peserta Miss World Malaysia dapat terbang ke London dengan 8 bagasi - Semasa | mStar

Mula-mula tiada penaja, akhirnya peserta Miss World Malaysia dapat terbang ke London dengan 8 bagasi

Seow mewakili Malaysia ke London dalam pertandingan Miss World 2019. FOTO: Instagram alexissueann.

MISS World Malaysia, Alexis Sueann Seow berangkat ke London dengan lapan bagasi sebelum pertandingan Miss World 2019 dijadualkan berlangsung pada 14 Disember depan.

Dia yang sebelum ini gagal mencari penaja untuk membawa bagasi bagaimanapun lega apabila dibantu oleh Malaysia Airlines (MAS).

MAS tampil dengan berita baik pada Isnin, sekali gus memberi semangat buat peserta dari Selangor itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Finalis Miss Universe New Zealand ini minat Syed Saddiq

"Saya perlu bawa lapan bagasi sebab ia berlangsung hampir sebulan. Banyak pakaian berat harus dibawa.

"Pakaian kebangsaan dengan hiasan kepala, banyak ruang diperlukan.

"Tambang untuk bagasi hampir RM20,000," ujarnya.

Seow sebelum ini menewaskan 19 peserta sebelum dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2019 pada 6 Oktober lalu.

"Agak tertekan buat saya, tetapi berbaloi sebab dapat wakili negara.

"Ia perkara yang hebat untuk saya," ujarnya.

Dalam pada itu, ibu kepada Seow, Doren Wan turut berterima kasih atas bantuan MAS buat anaknya.

Selain bagasi, tempat duduk kelas ekonomi Seow turut ditukar kepada kelas perniagaan. - The Star.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain