suria

Ahli parlimen berkumpul di kediaman rasmi Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Foto: Bernama

BEBERAPA ahli parlimen kelihatan berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10 di Putrajaya, malam Isnin.

Bagaimanapun tidak diketahui tujuan pertemuan itu diadakan, ataupun bilangan sebenar ahli parlimen yang menghadirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir ulangi penggantinya adalah Anwar, bukan Azmin 

Antara yang dilihat meninggalkan kawasan kediaman itu pada kira-kira 11.30 malam ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar dan Anggota Parlimen Cameron Highlands dari Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor.

Turut dilihat meninggalkan kawasan kediaman itu ialah van katering pada kira-kira pukul 10.40 malam.

Usaha untuk mendapatkan ulasan Mohamed Azmin mengenai pertemuan itu tidak berjaya. - BERNAMA

Azmin, ahli parlimen

Artikel Lain