suria

Suami siap jeling! Marah isteri jadi punca anak sakit tak baik-baik... Doktor ‘mencelah’, lelaki bukan kerja beli beras saja

Sepasang suami isteri bertelingkah semasa berjumpa Dr Kamarul. -Gambar hiasan

SETIAP ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka terutama dalam memastikan kebajikan dan kesihatan terbela.

Adakalanya kebimbangan terhadap tahap kesihatan anak-anak ini boleh membawa kepada pergaduhan antara ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar ‘doktor kiriman tuhan’ tapi tak mampu selamatkan bayi pramatang... jantung berdegup laju jam 1 pagi - “Jika hidup sampai esok pagi, itu keajaiban”

ARTIKEL BERKAITAN: Stetoskop gantung dalam kereta sebab nak menunjuk kerja doktor? Dr Sakinah kata ‘jangan la bitter’, ada banyak sebab dibawa ke mana-mana

Begitulah situasi yang dikongsikan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai pertelingkahan antara sepasang suami isteri mengenai dos ubat yang sepatutnya diberikan kepada anak mereka.

"Ada seorang kanak-kanak ni dibawa ke klinik saya minggu lepas, kemudian dibawa sekali lagi minggu ini. Kata si ibu, dah diberi ubat, tapi masih belum sembuh," jelas Dr Kamarul dalam posting di Facebook, sehingga mendapat lebih 5,500 tanda suka.

Jelas Dr Kamarul, dia sudah bertanya pada si ibu mengenai kekerapan antibiotik yang diberikan serta jumlah hari ubat tersebut diambil.

Pertanyaan itu adalah bertujuan untuk mengetahui sama ada dos ubat yang diberikan ini cukup atau kurang.

Bagaimanapun, si ibu mengakui bahawa jumlah kuantiti ubat yang diberikan kepada anaknya itu adalah berkurangan daripada saranan doktor.

Pemberian dos yang tidak cukup boleh menjadi punca anak lambat sembuh.

Bukan itu sahaja, si ibu turut menghentikan pemberian antibiotik terhadap anaknya yang sakit setelah melihat kanak-kanak itu sudah kembali sihat.

Kata si ibu lagi, dia tidak mengikut arahan doktor kerana bimbang anaknya akan mengalami kesan sampingan lain andai diberikan ubat secara berlebihan.

"Ha! Dah cakap dah kena habiskan antibiotik tu, tapi dia tak ikut," ujar si suami dalam nada yang sedikit tegas.

Tanpa mengendahkan doktor di hadapan mereka, isterinya berkata tindakan itu dibuat kerana mendapati anak mereka seperti sudah sembuh.

"Dia dah tak demam, saya berhentilah bagi ubat. Takut bagi lama sangat, ada side effect pula," tegas si ibu.

Kalau dah tahu isteri tak beri, kenapa awak tak tolong? Kan benda ni tanggungjawab bersama.

KAMARUL ARIFFIN

Dr Kamarul berkata bahawa kurang kefahaman terhadap kepentingan untuk memberikan ubat mengikut jumlah ditetapkan adalah punca penyakit anak mereka berlarutan.

Bagaimanapun Dr Kamarul akui berasa sedikit terganggu dengan sikap si suami yang seolah-olah 'menunding jari' meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada isterinya.

"Saya terangkan tentang kerintangan antibiotik dan kesan buruknya pada kesihatan. Kerintangan antibiotik ni sesuatu yang perlu kita elakkan.

"'Bahaya kalau tak ikut dos, kan doktor?' soal si suami pada saya, kemudian jeling pada isteri.

Tangkap layar posting asal di Facebook.

"Kalau dah tahu isteri tak beri, kenapa awak tak tolong beri? Kan benda ni tanggungjawab bersama," kata Dr Kamarul.

Ujar Dr Kamarul, kaum lelaki tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab menjaga anak yang sedang sakit ini sepenuhnya kepada isteri mereka.

Malah, setiap soalan yang diajukan oleh pihak doktor bukanlah berniat untuk mencari kesalahan sebaliknya bagi mengetahui punca.

"Sebenarnya, apabila doktor bertanya soalan, biasanya untuk mencari punca masalah kepada kesakitan yang dialami, bukan untuk mencari salah. Jadi, tak perlu terlalu defensif.

"Menjaga anak yang sakit adalah tanggungjawab ibu dan bapa. Sama-sama kena pikul sebab ia amat meletihkan jasmani dan rohani. Jangan letak beban itu hanya pada isteri.

"Jangan hanya pandai beli beras," seloroh Dr Kamarul.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain