suria

Gadis persis Kajol minta pengikut hormat agamanya, fasih dan pekat loghat Ganu tak semestinya perlu pakai tudung

Raut wajah Preti saling tak tumpah seperti Kajol Devgan.

SEKALI pandang pastinya ramai yang menyangka anak gadis berusia 21 tahun ini adalah Kajol Devgan.

Mana tidaknya, iras wajahnya begitu persis dengan bintang terkenal Bollywood tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah macam Kajol, ‘gilakan’ Bollywood pula... gadis ini bimbang ‘krik krik’ jika bakal suami tak faham minatnya

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bertudung tapi tak tutup aurat disuruh ‘free hair’, dilabel pendosa... Ustazah tegur jangan ambil kerja Tuhan, mudah jatuh hukum

Malah ia turut diakui para netizen selepas beberapa videonya tular di media sosial.

Bagaimanapun sejak aktif dalam aplikasi TikTok dua tahun lalu, dia sering menerima komen-komen negatif yang berunsurkan keagamaan serta perkauman.

Antara komen yang sering diterima adalah 'dik (adik), gadis Islam cantik kalau pakai tudung'.

Ia berikutan ramai yang menyangka anak jati Kuala Terengganu, Terengganu itu berketurunan India Muslim atau mamak.

Menjelaskan mengenai perkara ini, Preti Kaur Gill berkata, salah faham tersebut sering berlaku kerana raut wajahnya yang seakan mamak.

Preti membuat penjelasan selepas ramai menyangkanya beragama Islam.

Preti membuat penjelasan selepas ramai menyangkanya beragama Islam.

"Ramai yang ingat saya mamak terutama sekali apabila mereka mendengar saya bercakap. Sebab bila saya cakap Melayu memang jelas loghat Terengganu.

"Kawan-kawan pun mengatakan perkara yang sama, malah kefasihan saya menuturkan bahasa kebangsaan ketika bersembang menyebabkan ramai yang mengandaikan saya Melayu," jelasnya ketika dihubungi mStar.

Menurut pelajar jurusan Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu lagi, setiap kali selepas membuat sebarang pengumuman, rakan sepengajian yang mendengarnya pasti akan terkejut apabila mengetahui ia dilakukan oleh dirinya.

"Dari kecil saya bersekolah di sekolah kebangsaan, Sekolah Sultan Sulaiman di Terengganu.

Preti baru berusia 21 tahun.

Preti baru berusia 21 tahun.

"Jadinya, kawan saya majoriti Melayu dan kami selalu luangkan masa bersama... disebabkan itulah saya jadi fasih dalam loghat negeri.

"Apabila sambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda pun saya lebih gemar bertutur dalam loghat tersebut sampai ramai yang tegur kerana dikatakan sangat pekat," ujar yang kini dalam tahun pertama pengajian.

Dia yang meminati bidang komunikasi media juga berharap suatu hari nanti berpeluang menjadi face-off berbangsa India yang muncul di kaca televisyen.

Mengulas tentang komen-komen berunsurkan keagamaan yang diterima, ujar Preti, pada awalnya dia ingin mengabaikan perkara seperti itu.

Ingin menceburkan diri dalam industri media.

Ingin menceburkan diri dalam industri media.

Namun selepas melihat beberapa komen seumpama itu dibuat, dia nekad mengambil tindakan tegas.

"Mulanya saya pantau individu tersebut dan kelihatan dia turut meninggalkan komen berkaitan keagamaan pada video beberapa pelayar TikTok yang lain.

"Disebabkan itu, saya rasa tindakan dia itu patut ditegur. Oleh itu, saya tampil dengan penjelasan yang saya beragama Sikh sekali gus menangkis andaian beberapa individu yang menyangka saya mamak atau Melayu kerana raut wajah serta kefasihan bertutur.

Saya beranggapan bahawa ramai yang tidak mengetahui secara jelas tentang agama Sikh.

PRETI KAUR

"Sejujurnya, saya tak suka apabila ditegur sebegitu. Kalau suruh saya pakai tudung untuk lakukan sebarang tugasan pengajian, saya okay je tapi bukan saja-saja memakainya.

"Saya beranggapan bahawa ramai yang tidak mengetahui secara jelas tentang agama Sikh kerana di sekolah dahulu pun, ramai yang bertanya tentangnya. Malahan, Terengganu tidak mempunyai gurdwara untuk upacara sembahyang kami," luah anak sulung daripada tiga beradik itu lagi.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Tambahnya, walaupun ramai yang mencadangkan supaya dia menyekat individu tersebut, namun dia merasakan penjelasan perlu dibuat terlebih dahulu sekali gus mengelakkan lebih ramai bangsa lain yang menerima komen seperti itu.

"Bagi saya kalau block pun, dia masih boleh komen pada masyarakat India yang lain pula. Saya tak mahu India lain kena macam mana saya kena sebab itu saya buat video untuk nasihatkan dia.

"Saya ingin jelaskan bahawa setiap individu mempunyai pegangan agama masing-masing, jadi sebagai masyarakat yang hidup di negara berbilang kaum... elakkan komen yang menyentuh isu keagamaan kerana ia sangat sensitif.

"Diharapkan dengan video yang saya buat itu, mereka akan menghormati bangsa dan agama lain juga," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain