suria

Wajah macam Kajol, ‘gilakan’ Bollywood pula... gadis ini bimbang ‘krik krik’ jika bakal suami tak faham minatnya

Miera Dean (kanan) dikatakan mirip Kajol (kiri). foto instagram @kajol/ @frontrowgypsy

KAJOL Malaysia? Begitulah label yang diberikan netizen kepada seorang gadis yang dikatakan mirip Ratu Bollywood, Kajol.

"Ada iras ke idok?" demikian pertanyaan gadis tersebut menerusi video yang dikongsi di laman sosial, dengan rata-ratanya berpandangan wajahnya iras aktres jelita itu.

Gadis berkenaan, Noor Amirah Kamaruddin berkata, wajahnya yang dikatakan mirip bintang filem pecah panggung, Kuch Kuch Hota Hai itu sebenarnya bukan hanya disedari baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mirip pelakon Squid Game... wanita ini layankan 'permintaan' satu ofis, sampai menggeletar dapat respons Kim Joo-ryoung - "Bukan tak minat drama Korea cuma..."

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini 'tiada masalah' wajahnya dikata iras Sari Yanti, patutlah ayu... rupa-rupanya pegang gelaran Ratu Lepa 2019

Lebih dikenali sebagai Miera Dean, perbandingan wajahnya dengan Kajol bermula sejak di sekolah menengah, dan berlanjutan ketika belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Masa saya belajar dalam Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Seremban, ada tiga pelajar di kelas yang mempunyai nama bunyinya sama Amirah.

"Untuk lebih mudah, kawan-kawan panggil saya dengan nama Kajol kerana mereka kata muka saya iras pelakon tu. Bagi saya tak sama, sipi-sipi je," katanya kepada mStar.

Di sebalik persamaan tersebut, gadis berusia 24 tahun itu memberitahu bahawa dia merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan berdarah kacukan Pakistan-Melayu.

mirip kajol 6

Miera Dean mula dikaitkan dengan Kajol sejak sekolah menengah.

Menurut anak bongsu daripada enam adik-beradik perempuan itu, dia sememangnya dibesarkan dengan filem-filem Bollywood.

"Tentunya saya meminati Kajol, terutama wataknya sebagai Anjali dalam filem Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Khushi Kabhie Gham bergandingan dengan Datuk Shah Rukh Khan.

"Bagi saya, Kajol adalah pelakon yang hebat kerana lakonannya begitu menjiwai dari romantik, sedih sehingga ke watak 'gila-gila'," katanya yang turut meminati aktor Bollywood, Arjun Rampal.

Bila dilabelkan sebagai Kajol Malaysia tu, saya okay je sebab lain orang lain penerimaan mereka

NOOR AMIRAH KAMARUDDIN

Menyedari pandangan setiap orang adalah berbeza, jurutaip di sebuah makmal perubatan itu tidak mengambil peduli sekiranya ada yang berpendapat wajahnya tidak mirip Kajol.

"Orang kata persamaan dari senyuman, kening atau hidung. Ada juga yang kutuk kata tak sama. Tapi saya tak kisah sebab saya bukanlah Kajol yang sebenar, saya adalah Amirah.

"Bila dilabelkan sebagai Kajol Malaysia tu, saya okay je sebab lain orang lain penerimaan mereka," tambahnya.

mirip kajol 3 w

Miera Dean (kanan) menjadi pelakon ekstra dalam drama bersiri Syurga Untukmu.

Dalam pada itu, Miera Dean yang juga merupakan perunding kecantikan turut mempunyai kriteria untuk lelaki pilihannya, seboleh-bolehnya turut meminati Bollywood.

"Kalau dia tak gilakan Bollywood pun okay, asalkan memahami minat saya terhadap filem dan lagu Bollywood. Kalau tak, nanti 'krik krik' je bila pasang lagu Bollywood.

"Tapi minat Bollywood itu sekadar sampingan. Saya lebih berharap lelaki itu nanti personalitinya jauh lebih matang daripada saya yang anak bongsu ni," tambahnya.

mirip kajol 5

Miera Dean mahu berlakon berbakat seperti Nad Zainal dan Mira Filzah.

Siapa sangka gadis ini juga pernah menjadi pelakon ekstra dalam drama bersiri Syurga Untukmu lakonan Diana Danielle dan Fahrin Ahmad, yang ditayangkan pada 2020.

"Watak saya tanpa dialog sebagai guru tadika. Saya sebenarnya berminat untuk menjadi pelakon, dulu selalu berlakon teater semasa di universiti.

"Jika diberi peluang, sudah tentu saya mahu berlakon. Saya kagum dengan lakonan Nad Zainal dan Mira Filzah yang boleh membawakan pelbagai watak dengan baik," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain