suria

Selepas banyak kali terkena, peniaga kongsi cara kesan seller online penipu... harga murah lain macam eloklah tak payah beli!

Antara gambar yang telah dicuri oleh scammers dan amaran daripada warganet.

SCAMMER secara dalam talian kini dikatakan giat menggunakan gambar produk peniaga lain untuk memperdaya mangsa mereka.

Pemilik akaun Instagram Alfateema Malaysia, Elaikha Z berkata ini bukan pertama kali scammer menggunakan gambarnya untuk 'memerangkap' pembeli, malah, perkara ini sering berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer jual baju online dari seberang! Guna taktik ‘petik’ nama Kastam ‘perah’ duit mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Scammer ‘buat duit’ musim e-Filing! Isteri terduduk wang RM30,000 lesap... Terpedaya panggilan LHDN, inspektor polis

“Ada satu insiden tu scammer tampal logo atau nama IG (Instagram) mereka pada watermark kami.

“Sesetengah pelanggan kami ada yang terpedaya dengan taktik ini tapi ada juga yang hubungi kami untuk semak sama ada akaun-akaun tersebut adalah dropship atau ejen kami,” katanya.

Menurut Elaikha dia telah melaporkan akaun-akaun berkenaan kepada pihak Instagram namun sia-sia kerana scammer terbabit sering menukar nama akaun mereka.

5

(Kiri) Gambar asal daripada penjual Alfateema Malaysia yang telah diletakkan watermark dan (kanan) gambar yang telah dicuri dan ditampal logo peniaga lain.

Jumlah akaun scammer yang terlalu banyak di media sosial turut menyukarkan usaha untuk menghalang lebih ramai mangsa daripada terpedaya.

Elaikha menasihatkan para pembeli untuk sentiasa menyemak nama akaun dan bertanya kepada individu lain terlebih dahulu terutama sekali sekiranya harga yang ditawarkan oleh sesebuah kedai itu terlalu murah.

“Saya tahu sukar untuk mempercayai mana-mana sumber di Instagram (khususnya) tetapi semak semula nama akaun, tengok berapa kali nama dah ditukar, kedai itu asal dari mana dan tanya soalan apabila sesuatu barang tu terlalu murah.

“Laporkan akaun (scammer yang telah dikenalpasti) dan semak ruangan komen.

“Banyak akaun scammer menutup ruangan komen dan ini mungkin boleh jadi tanda amaran,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain