suria

Demi ubah nasib! Gadis cuma bawa ‘tudung orang bagi’, 2-3 helai jubah murah sambung belajar di luar negara - “Di airport, bagasi saya paling ringan”

Mekma tidak pernah menganggap kemiskinan hidup sebagai satu halangan untuk berjaya.

SETIAP daripada kita sudah semestinya pernah melalui pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan.

Tidak terkecuali, Noorazma Mohd Toha, 32, yang berkongsikan mengenai usahanya untuk meneruskan pengajian dalam kehidupannya yang serba kekurangan demi mengubah nasib keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah-susah mak ayah pos ‘balang berharga’ dari jauh, doktor menangis lihat reaksi kawan jamah kuih dibuat ibunya - “Mula-mula tak nak bagi...”

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar dengan baki PTPTN RM400 satu semester, pelajar miskin pernah part time jadi guard lega result cemerlang... tak perlu bayar balik pinjaman
@azma_toha90 Jangan jadikan HIDUP SUSAH sebagai alasan untuk anda bermalas-malas. Bangkit ubah hidup! #fightingspirit ♬ original sound - Bos Tepen
Menurut wanita yang berasal dari Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan ini, dia pernah menerima dua tawaran untuk menyambung pengajian selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keputusan baik dengan memperoleh 5A.

"Dulu kami sekeluarga tak ada kereta. Nak pergi mana-mana pun susah, memang naik motosikal yang ada dekat rumah tu je. Kalau ada apa-apa urusan memang akan guna motosikal saja.


Mekma menerima tawaran menjadi guru lepasan timur tengah di IPG Negeri Sembilan.


"Masa ambil keputusan SPM dulu pun, ayah pinjam kereta bapa saudara saya. Tu pun berasap sebab kereta rosak. Mak ayah saya sampai pernah kena hina sebab miskin, ada yang tanya anak-anak pakai baju raya tahun lepas ke? Kau pergilah buat rumah dekat hutan sana,

"Ayah saya masa tu ambil upah menoreh getah saja, tu pun ladang orang. Jadi duit upah tu tak seberapa nak tanggung kami lapan beradik. Tambah pula kalau hari hujan, sikit sangat dapat," ujarnya yang mesra disapa Mekma.

Mengenangkan nasib keluarganya yang dihina, dia memutuskan untuk melanjutkan pengajian ke Maghribi pada 2008 demi bangkit dari kesusahan kerana dia percaya hanya dengan pelajaran sahaja boleh mengubah nasib seseorang.

Mengimbas tentang kisah semasa proses mahu menyambung pengajian bidang Pengajian Islam, Mekma menghadapi kesukaran terutama semasa proses menguruskan dokumen-dokumen serta sijil-sijil yang perlu diterjemah kepada bahasa Arab termasuk surat beranak miliknya.

Saya pinjam kereta saudara, bawa mak dan ayah saya pergi ke majlis untuk raikan hari graduasi saya.

MEKNA



"Nak uruskan dokumen saya terpaksa pergi Putrajaya tapi ayah cakap jauhnya kak... macam mana kita nak pergi? Ayah tak ada kereta. Tapi mujur kawan saya pun dapat sambung pengajian dekat Jordan jadi saya tumpang dia ke sana.

"Saya ke Morocco hanya bawa tudung orang bagi dan dua tiga helai jubah murah tak sampai RM50 pun sehelai. Saya ingat lagi masa beli baju t-shirt dekat kedai bundle dan mak cakap dekat saya kakak tak apa ke beli baju dekat bundle je?

"Lagi luluh hati saya bila saya baru dapat tahu rupanya sebelum saya terbang mak ada pinjam duit orang sebanyak RM2,000 untuk tanggung keperluan dan persediaan saya ke sana. Tapi saya boleh pergi ke sana pun setelah saya dapat tawaran biasiswa dari Majlis Agama Negeri Sembilan.

"Bila sampai dekat airport, saya dengan bagasi paling murah tu, beg saya paling ringan sebab barang tak banyak pun saya bawa. Punya sikit barang saya sampai ada kawan yang pergi sekali belajar masa tu tumpang beg saya letak barang. Telefon bimbit terpakai jenama Nokia saya bawa masa tu pun hadiah daripada kakak saya. Asal ada je," ujarnya lagi.

Setelah menamatkan pengajian, dia pulang ke Malaysia pada tahun 2012 dan mencari pekerjaan demi membantu meringankan beban keluarganya dengan bekerja sebagai sukarelawan dan menerima gaji lebih kurang RM800 sebulan selama tujuh bulan.

Kemudian dia menerima tawaran sebagai guru lepasan timur tengah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan pada 2013.


Gambar ibu bapa Mekma yang banyak berkorban semasa zaman dia belajar.


"Lepas habis belajar dekat maktab saya dapat praktikal dekat sekolah berdekatan rumah saja jadi dapat jimat dekat situ. Semua duit elaun praktikal memang saya bagi dekat mak. Saya ambil sikit je buat topup telefon.

"Bila habis praktikal, saya ada majlis konvokesyen. Saya pinjam kereta saudara bawa mak dah ayah pergi ke majlis untuk raikan hari graduasi saya. Kemudian, bila result dah keluar, saya dapat posting dekat Sabah tahun 2015," ujarnya.

Tambah Mekna, dia juga telah bertemu jodoh dengan orang Sabah dan berkahwin Jun 2015 namun azam untuk membahagiakan ibu bapanya tidak pernah lekang di hati.

Bercerita lanjut, Mekna berkata dia akhirnya berjaya menghadiahkan sebuah kereta Proton Saga berwarna hitam kepada bapanya yang juga merupakan warna kegemarannya.

Namun kesenangan dikecapi bapanya itu tidak lama apabila lelaki itu meninggal dunia pada Mei 2017.

"Saya jenis tak tengok telefon sangat. Tapi hari kejadian tu suami cakap cuba tengok telefon sekarang ada sesiapa call tak? Ada satu panggilan tidak berjawab daripada abang ipar saya. Rupanya dia nak bagitahu ayah dah tiada.

"Susah saya nak percaya dengan situasi tu. Saya tanya kenapa dengan ayah? Accident ke? Sebab biasanya waktu Maghrib memang waktu ayah pergi kerja. Masa tu ayah saya kerja sebagai security guard di pusat PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)," ujarnya.

Berikutan video yang menjadi tular, Mekna berterima kasih dengan netizen yang memberikan kata-kata semangat serta doa yang baik di TikTok miliknya.

Wanita ini tetap rasa bersyukur kerana berkesempatan untuk menghadiahkan bapanya sebuah kereta seperti yang diimpikan dan berharap kisahnya ini boleh menjadi inspirasi kepada orang lain agar tidak menjadikan kesusahan hidup sebagai alasan untuk tidak berjaya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain