suria

Majikan sayu nak lepas pekerja asing pulang! Dalam diam menabung 3 tahun lebih awal bantu kumpul modal buka bisnes di Bangladesh

Sufi bekerja dengan Uncle Nuzud sudah melebihi 16 tahun.

WARGA asing yang mencari peluang kerja dengan merantau ke negara kita sudah jadi perkara biasa namun mendapat majikan yang sangat prihatin merupakan satu bonus atau rezeki buat mereka.

Menerusi posting tular yang dimuat naik oleh Ahmad Sufi, pemuda berusia 33 tahun ini menulis satu luahan menyentuh emosi, kerana terpaksa berpisah dengan seorang pekerjanya dari Bangladesh.

ARTIKEL BERKAITAN : Pernah jaja selipar di kaki lima, founder muda tak kecil hati disamakan “Mat bangla”... kini bangga mampu jayakan lebih 20 usahawan

ARTIKEL BERKAITAN : Bertuah betul 2 bibik... terkejut terima telefon baharu, rupa-rupanya bonus gelang emas pun pernah dapat – “Tuhan bagi kesenangan bukan untuk kita rasa seorang”

Pekerja berkenaan, yang dipanggil Uncle Nuzud, 60, bakal pulang ke negaranya selepas berkhidmat selama 16 tahun dalam kerja ubah suai rumah dan pembinaan di syarikatnya, Malakai Construction, Maluri, yang terletak di Kuala Lumpur.

Menurut lelaki yang mesra disapa Sufi ini, permit kerja Uncle Nuzud telah tamat pada 14 Januari lalu dan tidak boleh disambung lagi atas faktor umur.

"Uncle ni bekerja dengan saya sejak saya umur 16 tahun lagi. Mula-mula tu dia kerja dengan syarikat saudara saya. Tapi saudara saya serahkan syarikat tersebut kepada saya.

"Masa tu saya pula jenis tak pandai nak bersosial melepak sampai lewat malam macam budak sebaya saya. Bila saya mula rapat dengan uncle ni dia ajak saya buka satu bisnes bersama.

"Dia ajak saya buka bisnes kanopi tapi saya tak ada pengetahuan dalam perniagaan jenis tu. Tapi uncle hanya minta saya sediakan barang, dia akan welding besi untuk buat kanopi tersebut," katanya ketika dihubungi mStar.



Mereka bekerjasama dalam bisnes menyewa kanopi.

Tambah Sufi yang kini menetap di Cheras, dia amat berterima kasih kepada lelaki itu yang banyak membantunya dalam kerja-kerja pembinaan dan ubah suai rumah.

Malah, perniagaan mereka bersama juga berkembang maju bermula dengan lima buah kanopi sehingga kini memiliki lebih 180 buah kanopi.

Sebenarnya mereka bau macam tu sebab terpaksa berjimat makan nasi dengan bawang je.

SUFI

Menurut Sufi, dia amat tersentuh melihat Uncle Nuzud dan warga asing lain dari negara kelas ketiga ini datang ke Malaysia demi mencari rezeki untuk keluarga dan sanggup hidup berjauhan menangung rinduu jauh beribu batu.

Tambah Sufi lagi, sebahagian gaji setiap bulan yang diperoleh oleh pekerja-pekerja ini akan dikirim kepada ahli keluarga di kampung untuk mereka meneruskan kehidupan mereka di sana.



Jejaka ini merupakan seorang yang ramah dengan warga asing tak kira di mana sahaja.

"Saya selalu lebihkan dalam RM300 duit gaji yang sepatutnya dia peroleh sebab uncle ni masih ada anak yang masih bersekolah, kos belajar dia yang tanggung. Sekarang ada antara mereka sudah bergelar guru dan juga ada yang bakal berkahwin tak lama lagi.

"Saya simpati bila dapat tahu ramai orang cakap orang Bangladesh ni bau bawang. Sebenarnya mereka bau macam tu sebab terpaksa berjimat makan nasi dengan bawang je lepas hantar duit gaji dan perbelanjaan dekat keluarga.

"Dulu selalu juga saya ikut uncle balik kampung. Tiga tahun lalu bila saya sedar permitnya akan tamat pada 2022 dan dia dah nak balik terus ke negaranya , saya ada buat simpanan sebanyak RM7,000. Saya bagi dekat uncle untuk buka kilang atau bisnes perniagaan sendiri bila dia sudah bersara," ujar Sufi yang kini berusia 33 tahun.



Perkongsian Sufi mengenai kerja yang dilakukan iaitu memasang kanopi.

Sufi berkata, dia amat terhutang budi dengan lelaki itu dan perkongsian ilmunya begitu bermanfaat dalam kehidupannya justeru dia juga mahu berkongsi pengetahuan yang dimilikinya sekarang dengan orang lain.

Posting di Facebook Sufi yang bersedih kerana terpaksa berpisah tular dan ramai antara mereka yang tersentuh dengan luahan dan kata-kata penghargaannya.

Tidak terhenti di situ, rata-rata komen yang diterima turut memuji Sufi kerana menghargai pekerja warga asing seperti rakannya sendiri sehingga berjaya membuka mata masyarakat bahawa nilai persahabatan itu tidak akan boleh diganti dengan apa-apa sekali pun di dunia ini.

"Walaupun saya majikan tapi saya tak pernah rasa ada perbezaan dengan pekerja saya. Bagi saya, kita sama-sama kuli dan jiwa tetap sama iaitu jiwa orang susah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain