suria

Fuyoo menggamit memori... 7 rakan sekampung Membakut pinjam baju mak ayah, cetus kreativiti inspirasi filem ‘Batu Belah Batu Bertangkup’

Sekumpulan anak muda Kampung Binsulok di Membakut, Sabah bergaya era 50an, 60an.

SEPERTI filem hitam putih era Studio Jalan Ampas, perkongsian video dan gambar seorang pemuda bersama rakan-rakan mengembalikan nostalgia orang dulu-dulu.

Dari pakaian, gaya rambut dan props yang digunakan membayangi filem-filem klasik Melayu lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Rata-rata netizen memuji kreativiti anak muda itu dengan menyifatkan perkongsian tersebut menggamit memori zaman muda ibu bapa masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Ewah! Pengantin lelaki bergelek masuk dewan... isteri diminta siap sedia hanya tersenyum, sebabnya kain songket ketat, sanggul berat

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut uncle pasang lagu Melayu klasik dalam Grab, paling tak disangka rupa-rupanya cacat pendengaran - "Dia ada kelebihan buat penumpang selesa"

Bercakap kepada mStar, Mohd Nazree Sulaiman berkata, video yang menghimpunkan gambar tersebut merupakan idea dan kreativitinya bersama enam rakannya.

Pemuda berusia 31 tahun itu memberitahu, rakan-rakannya yang lain berusia antara 23 dan 33, iaitu Muhammad Aiqal Adli Mohd Noor, 23; Wan Azfazanitul Iznor Anjuma, 32; Ag Ridzuandi Ag Tahir, 29; Siti Aisyah Musa, 33; Siti Musalmah Musa, 29 dan Norlianah Mudin, 27.

"Inspirasi kami daripada media sosial yang memetik zaman 90an. Tapi kami mahu menghidupkan suasana lebih klasik dengan zaman 50an dan 60an.

"Kami buat sekadar suka-suka di masa lapang, bergambar dan kemudian edit gambar-gambar hitam putih untuk kelihatan seperti foto lama," katanya ketika dihubungi.

anak muda gaya klasik 2

Kreativiti menggunakan busana dan props.

Mohd Nazree atau lebih dikenali sebagai Ayup berkata, busana yang dipakai pula bukan dibeli mahupun disewa, sebaliknya menggunakan pakaian milik ibu bapa masing-masing.

"Mak ayah kami orang-orang lama. Kebanyakannya sudah berusia 60 tahun ke atas. Props pula kami guna apa yang ada di rumah selain yang boleh didapati di kampung.

"Kami juga mendapat inspirasi filem lama Batu Belah Batu Bertangkup, mengikut fesyen dan props yang digayakan dalam filem tersebut," katanya yang merujuk filem terbitan 1959, arahan Allahyaram Datuk Jamil Sulong.

anak muda gaya klasik 3

Gambar diedit hitam putih seperti foto lama.

Ayup berkata, kesemua mereka menetap di Kampung Binsulok di Membakut, Sabah, dengan masa perjalanan lebih dua jam dari Kota Kinabalu.

"Kami adalah rakan sepermainan sejak kecil. Kami main guli, teng teng dan gasing. Bila semua dah dewasa, kami juga kerja sama-sama di Kota Kinabalu sebelum kembali ke kampung sejak pandemik Covid-19.

Tiada yang baru jika tiada yang lama. Semua ini mengimbau kenangan

MOHD NAZREE SULAIMAN

"Di kampung, kami sama-sama kutip siput dan jual di pasar. Ada juga buat kerja-kerja kampung," katanya sambil menambah Kampung Binsulok terkenal dengan produk belacan udang geragau.

Jelasnya, penghasilan video dan foto klasik akan diteruskan sebagai hobi dan memenuhi permintaan pengikut di akaun TikTok @ayupkezamboo, di mana salah satu video mereka meraih lebih 3.5 juta tontonan.

anak muda gaya klasik 4

Perbandingan gambar sebelum (kiri) dan selepas disunting menjadi seperti foto lama.

"Mak ayah kami turut beri cadangan bagi menjadikannya lebih menarik seperti penggunaan props daun kelapa jadi penyapu lidi sebagai props dan dapur kayu api untuk lebih realistik.

"Followers pula cadang kami menerapkan elemen moden seperti menggayakan pakaian lama-lama dengan menunjukkan isyarat tangan 'mini love' dan 'peace'.

"Kami gembira kerana pelbagai lapisan umur terutama anak-anak muda menghargai warisan lama. Tiada yang baru jika tiada yang lama. Semua ini mengimbau kenangan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain