suria

Tak nak susahkan mak ayah, sejak SPM lagi siswa Upsi hasilkan video cun tapi guna telefon je... pernah rasa down semasa job majlis kahwin

Aiman sekadar membuat kerja sambilan itu kerana enggan menyusahkan kedua ibu bapanya

MINAT remaja ini terhadap bidang videografi bermula sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Kini, Aiman Hafiz Yusri, 19, yang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) turut menawarkan khidmat rakaman dan suntingan video demi mencari pendapatan sampingan.

Baru-baru ini, remaja dari Muar, Johor itu turut berkongsi kisahnya yang kurang keyakinan diri kerana menggunakan telefon pintar sahaja dalam setiap karya yang dihasilkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dron RM200, jejaka ini akui jatuh cinta sampaikan sanggup labur ribuan ringgit... lihat hasilnya, tak sangka edit guna telefon je

ARTIKEL BERKAITAN: Gempak, laju lain macam! Pelajar terbangkan ‘racing drone’ atas sungai ketika berkhemah rupa-rupanya juara dunia - “Rakyat Malaysia pun boleh”

"Hari tu saya ada job wedding. Ketika sampai ke majlis itu, saya lihat ada seorang lagi juruvideo dan dia menggunakan kamera professional.

"Saya pula hanya menggunakan telefon untuk membuat rakaman video. Terus saya rasa down dan kurang keyakinan diri. Tapi mujur ada kawan-kawan yang beri semangat. Jadi saya teruskan saja.

"Alhamdulillah, majlis dah selesai, video juga sudah siap disunting dan diserahkan kepada pengantin. Mereka gembira dengan hasil video saya biarpun ia dirakam menggunakan telefon," ujarnya yang senang disapa Aiman.

Menurut penuntut bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu, dia sebelum ini menggunakan telefon pintar Redmi X4 dan kini menjadikan iPhone X sebagai peranti utama dalam kerja-kerja melibatkan penghasilan video.

Malahan, Aiman turut berkongsi hasil video melibatkan pengantin berkenaan serta kisahnya yang kurang keyakinan diri menerusi platform TikTok.

Tanpa disangka-sangka, dia menerima sokongan netizen termasuklah yang memuji kemahiran serta kualiti kerjanya biarpun ia dihasilkan menggunakan telefon sahaja.

aiman3

Video pengantin tersebut yang dihasilkan oleh Aiman.

"Awalnya dulu memamg malu sebab kita pakai telefon saja. Tapi pada saya, kemahiran itu lebih penting. Biarlah saya bermula kosong. Kena tuntut ilmu.

"Bila saya kongsi di TikTok, ramai bagi komen positif. Saya bersyukur sebab mereka pun setuju bahawa kemahiran lebih penting berbanding harga atau jenis kamera yang kita gunakan.

"Ada juga yang mesej dan minta saya buat video untuk mereka, tapi saya dah nak kembali ke kampus. Saya terpaksa tolak dan pass job itu kepada kawan saya," ujarnya yang turut memiliki sebuah dron pemberian bapanya.

Ketika di kampung, saya juga buat kerja sampingan dengan membaiki laptop dan telefon.

AIMAN

Kata Aiman lagi, dia juga merancang untuk membeli sebuah kamera jika sudah mempunyai wang yang cukup suatu hari nanti.

Menurut Aiman, dia membuat kerja sambilan itu kerana enggan menyusahkan kedua ibu bapanya yang perlu menanggung tiga lagi adik-beradiknya yang lain.

Tambah Aiman, bapanya merupakan guru sekolah menengah manakala ibunya bekerja sebagai jururawat.

"Kerja video saya dah mulakan selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) lagi. Saya buat dengan telefon kerana minat yang mendalam terhadap bidang ini.

"Saya juga hanya belajar melalui internet. Saya banyak tengok di YouTube. Pada masa sama, saya timba ilmu dengan juruvideo dan kru lain yang berpengalaman.

aiman2

Aiman kini menuntut di Upsi.

"Ketika di kampung di Muar, Johor, saya juga buat kerja sampingan dengan membaiki laptop dan telefon. Tapi kerja itu saya buat di kampung saja, di Upsi saya tak buat," ujarnya lagi.

Menerusi TikTok dan Instagram, Aiman juga banyak berkongsi hasil karya yang dihasilkan dari dulu sehingga kini.

aiman4

Aiman juga berkebolehan menerbangkan dron.

Menurut Aiman, dia bercita-cita untuk bergelar guru suatu hari nanti, namun tidak akan meninggalkan minatnya itu.

"Saya memang nak bekerja sebagai cikgu. Tapi apa salahnya kalau saya buat kerja sampingan kerana saya minat bidang video," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain