suria

Jadi rutin, asal berkumpul wajib main game.... kali ini pakat ‘kaut duit’ masuk besen, siap ada digelar ‘makcik sudip’! Tapi betul ke ada unsur judi?

Ibu saudara Azalini digelar 'makcik sudip' selepas videonya menjadi tular di TikTok.

PELUANG ketika dapat berkumpul bersama sanak saudara pasti akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.

Pada ketika inilah waktu yang ada digunakan sebaik-baiknya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Begitulah rutin bagi keluarga besar wanita ini setiap kali mereka berkumpul.

ARTIKEL BERKAITAN: Cucu tak sangka semua sporting habis... game ‘pilih baju’ dan kecomelan atuk jadi perhatian ketika anjur hari keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Usia dah 83 tahun tiup belon pun tak lepas, tapi Opah Ha sempoi tunjuk skil menang game hari keluarga... habis semua anak cucu cicit kalah!

Selain bertanya khabar, mereka wajib bermain permainan (game) yang santai dan lucu bagi mengisi masa terluang.

Berkongsi video ahli-ahli keluarganya bermain permainan yang digelar 'kaut duit' di laman sosial, rata-rata netizen bukan sahaja terhibur dengan gelagat mereka bahkan kagum dengan 'bonding' keluarga wanita ini.

Berkongsi cerita dengan mStar, Azalini Jasni berkata video tersebut dirakam ketika ahli keluarganya pulang ke kampung sempena cuti tahun baharu, 1 Januari lalu.

"Kami semua iaitu kaum keluarga sebelah ibu berkumpul di rumah atuk di Padang Sera, Kedah. Saja berkumpul makan-makan. Memang lengkap dengan sepupu, ibu saudara, bapa saudara semua.

"Malam tu masa tengah sembang-sembang, maklang dan saya pernah tengok satu game di TikTok, iaitu game kaut duit. Sambil-sambil santai, sajalah nak isi masa dengan main game.

famili 3

Antara permainan ketika keluarga besar Azalini berkumpul.

"Sebahagian daripada kami yang main keluarkan wang kertas. Wang itu dilonggok di lantai dan pemain akan mengaut wang kertas menggunakan sudip dengan mata tertutup. Masa diperuntukkan untuk setiap orang adalah seminit.

"Wang yang dikaut di dalam besen akan dikira. Siapa dapat paling banyak, dialah jadi pemenang. Nak jadi cerita, saya pemenang game itu dengan wang dikaut berjumlah RM 232," ceritanya mengimbas kembali permainan tersebut.

Wanita yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu berkata, sebenarnya wang tersebut kemudiannya dipulangkan semula kepada pemilik masing-masing selepas tamat permainan.

famili 2

'Famili Day' setiap tahun sudah menjadi kewajipan bagi keluarga besar Azalini.

"Sebelum main, kami dah catat amaun wang yang dikeluarkan setiap orang. Selepas game habis, duit itu dipulangkan semula. Main untuk seronok-seronok sahaja.

"Tapi ada netizen salah sangka. Ada yang kongsi hukum permainan tersebut sama seperti judi menerusi komen. Terima kasih di atas teguran, namun mungkin mereka tak tahu dan fikir kami ambil duit tu betul-betul. Jadi saya sempat beri penjelasan di video yang berasingan agar tak timbul salah faham.

"Namun rata-ratanya terhibur bila tengok kami main. Gelagat Maklang saya paling mendapat perhatian. Sampai 2.4 juta jumlah views video dia. Mungkin netizen terhibur tengok gelagat sempoinya. Siap digelar 'makcik sudip' dan 'makcik gelak'.

Kami dah catat amaun wang yang dikeluarkan setiap orang. Selepas game habis, duit itu dipulangkan semula. Main untuk seronok-seronok sahaja.

AZALINI JASNI

"Sejak videonya viral, dia jadi bahan 'joke' dalam WhatsApp Group famili," ujar wanita berusia 28 tahun ini.

Berkongsi cerita lebih lanjut, Azalini berkata sama seperti kebanyakan keluarga lain, mereka juga tidak ketinggalan mengadakan hari keluarga setiap tahun sebagai satu wadah pengerat silaturahim dan bercuti dalam masa yang sama.

Namun aktiviti tersebut terpaksa ditunda buat seketika memandangkan penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda.

famili 1

Mengenakan pakaian warna sedondon ketika hari raya.

"Sebelum Covid-19, setahun sekali kami akan buat family day. Tapi sekarang dah tak buat... hanya berkumpul di rumah datuk nenek saja sebab rata-rata kami tinggal sekitar Perlis dan Kedah. Kali terakhir buat family day pada 2019.

"Bagi saya, setiap keluarga ada cara masing-masing. Kalau famili jenis yang sporting, memang best. Selagi ada masa, luangkanlah untuk keluarga dan cipta momen-momen manis," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain