suria

“Biru, nafas dia laju” - Ibu kongsi detik pahit seluruh ahli keluarga termasuk bayi usia 21 hari dijangkiti Covid-19

Mohammad Shaher Safwan positif Covid-19 ketika berusia 21 hari.

TIDAK ada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan seorang ibu yang sedang berpantang apabila diberitahu bahawa bayinya yang baru berusia 21 hari disahkan positif Covid-19.

Berkongsi pengalaman pahitnya itu, Fatin Nur Amanda Assyikin Khalid, 23, yang mesra dipanggil Ekin berkata, bermula dengan anak sulungnya, apa yang terjadi seterusnya berlaku dengan terlampau pantas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pagi akad nikah, malam suami merenggek kerana terlalu rindu... isteri tak sangka terbongkar sisi manja imamnya di hari pertama kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 3 tahun, kanak-kanak alami masalah kecacatan bibir dan lelangit dah 5 kali dibedah... rupa-rupanya rawatan berlarutan sehingga 17 tahun!

"Waktu saya pantang 14 hari anak sulung saya demam kemudian bersambung pada anak kedua dan ketiga, seterusnya saya pula ada simptom Covid-19 masa saya tengah berpantang pada hari ke 20.

"Masa tu saya mula hilang deria bau," katanya yang bersalin pada 2 Oktober lepas.



Keempat-empat anak Ekin, termasuk bayi baru lahirnya positif Covid-19.

Menurut Ekin, selain dirinya dan anak-anak yang berusia kurang sebulan hingga enam tahun, suaminya turut disahkan positif Covid-19.

Anak sulungnya yang tinggal di rumah ibunya sewaktu dia bersalin dikatakan menjadi kontak rapat kepada adiknya yang menunjukkan simptom Covid-19.

"Waktu saya bersalin dalam hari kelima anak sulung pergi rumah mak, waktu tu adik saya dah demam, batuk.

"Masa saya berpantang 10 hari, adik saya disahkan positif Covid-19," katanya yang menetap di Terengganu.

Bayinya yang baru lahir iaitu Mohammad Shaher Safwan Mohammad Muslim yang kini berusia dua bulan merupakan antara yang paling teruk terkesan.

"Baby kena serangan dekat rumah, dia jadi biru kemudian nafas dia laju.

"Masa tu saya rasa sedih sangat, hari-hari saya menangis lihat keadaan baby, memang tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata perasaan saya.

"Bila doktor sahkan semua anak positif, saya dan baby kuarantin dekat Hospital Sultanah Nur Zahirah sebab baby kekurangan oksigen dan jangkitan kuman paru-paru, anak-anak lain kuarantin dekat rumah dengan suami," katanya.



Mohammad Shaher Safwan paling teruk terkesan akibat Covid-19.

Menurut Ekin kesemua mereka kini sudah pulih, namun dia masih mengalami batuk-batuk, kesan daripada penyakit berbahaya itu.

"Saya memang ada asma jadi untuk nak baik tu makan masa sikit

"Saya memang akan simpan dan ingat Covid-19 ni sampai bila-bila," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain