suria

Pagi akad nikah, malam suami merenggek kerana terlalu rindu... isteri tak sangka terbongkar sisi manja imamnya di hari pertama kahwin

Ahmad Khair rindukan ibu dan ayahnya.

MANJA dengan ibu bapa itu perkara biasa, baik perempuan mahupun anak lelaki.

Namun manja dengan orang tua ini kebiasaannya lebih sinonim dalam kalangan anak perempuan atau mereka yang masih muda dan belum berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN : Dah makan banyak, tiba-tiba nampak benda bergerak celah nasi dengan salmon... agak-agak apa yang berlaku selepas itu?

ARTIKEL BERKAITAN : Bapa kalau jaga anak tak kreatif tak sah! Risau si ibu... bayi 4 bulan dalam carseat dibawa 'bersiar-siar', rupa-rupanya nak test control car

Tapi sebuah video yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini membuktikan sebaliknya.

"Pagi akad nikah, malam cari abah dia.. dia sedih berpisah dengan family.. drama kalahkan perempuan," tulis seorang wanita di media sosialnya.

Bercakap kepada mStar, pemilik video terbabit, Noor Aimi Mohd Yusuff, 25 yang mesra di panggil Amy berkata, video tersebut dirakam pada hari dia bernikah dengan suaminya, Ahmad Khair Irfan Ahmad Sirajuddin, 25, iaitu pada 10 Disember lalu.



Amy dan suaminya baru sahaja melansungkan majlis pernikahan mereka pada 10 Disember lalu.

Amy yang juga seorang usahawan berkata, suaminya yang sememangnya manja dengan keluarganya dilihat merenggek kerana rindukan abah serta ibunya.

"Video tu masa hari nikah, masa tu kami baru selesai majlis jadi balik ke rumah mak Amy untuk rehat, semua nampak happy je, takde la kita nak sangka dia nak parents dia.

"Dia cakap "nak abah ibu", dia sedih berpisah dengan famili, yang ni memang drama sangat sebab takde langsung berpisah.

"Masa tu nak masuk bilik kebetulan Amy pegang telefon, jadi Amy cepat-cepat rekod lepas tu hantar dekat Abah dia," katanya yang kini menetap bersama suami di Ipoh, Perak.



Amy bergambar bersama keluarga mentuanya.

Apa yang lebih melucukan adalah, rumah keluarga suaminya itu sebenarnya terletak tidak jauh dari rumah keluarga Amy.

"Nikah pagi tu dah jumpa parents dia, lepas tu kami ada singgah rumah parents dia juga untuk hantar barang sebelum balik rumah keluarga Amy, rumah kami tak sama taman tapi Ipoh ni jarang jem jadi dalam 15 ke 25 minit je.

"Dia anak ke tiga dari lapan beradik, macam saya anak bongsu jadi selama ni saya memang dimanjakan mak, kakak dan abang, tapi dia rupanya lebih manja mengalahkan perempuan.

"Itulah orang cakap selagi tak kahwin, tak tahu kan, selama ni ingat kita dah over manja, tapi laki lagi manja rupanya," selorohnya.



Amy bergambar bersama keluarganya.

Tapi bagi Amy, hubungan akrab suaminya dengan keluarganya merupakan antara perkara yang membuatkan dia jatuh hati kepada suaminya itu.

"Pada Amy tak jadi masalah pun (suami manja dengan keluarga) sebab masing-masing dekat jadi tak susah nak berulang dan luangkan masa.

"Amy sebagai isteri gembira sangat suami ada hubungan yang sangat baik dengan keluarga, bila dah kahwin ni keluarga Amy pun asyik lebihkan dia je.

"Dua-dua memang jenis manja dengan keluarga jadi kami memang faham perasaan tu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain