suria

Tak pernah berenggang sejak kecil, dalam gembira jejaka sayu lihat kembarnya naik pelamin... tak sangka ramai offer jadi isteri - “Ramai tanya abang bila lagi?”

Disebalik senyuman pada wajah, Fais akui terselit rasa sebak dalam hatinya ketika majlis resepsi kembarnya berlangsung pada Jumaat.

DALAM kegembiraan melihat adik kembarnya mendirikan rumah tangga, terselit rasa sebak dalam hati jejaka ini.

Menurut Wan Fais Fayzan Wan Azmi, dia sukar percaya apabila teman sepermainan sejak kecil, Wan Fais Faraqhan akhirnya bergelar suami pada Jumaat.

Malah, video memaparkan pasangan kembar seiras itu berpelukan di atas pelamin dalam satu majlis resepsi di Tanah Merah, Kelantan, turut meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembar seiras ini sama kacak, sama pekerjaan tapi perangai tak serupa... enggan hanyut dengan pujian - “Pernah bergaduh, tapi sekejap saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Kembar kacak gembira bertugas di PPV! Kongsi hobi sama tapi ada satu perkara yang mereka ‘pantang’ - “Kami lain dari kembar lain”

"Video itu ibaratnya dua dalam satu. Yang pertama, saya nak tunjukkan bahawa saya gembira lihat kembar sendiri dah berkahwin.

"Yang kedua, ia juga menunjukkan rasa sedih saya sebab kami dah berpisah selepas ini. Selama ini, kami bersama sepanjang masa sejak kecil lagi.

"Tipulah kalau kata tak sedih. Kembar saya pun akan duduk berasingan selepas ini," ujarnya yang mesra disapa Fais kepada mStar.

Menurut Fais, tiada apa yang diharapkan selain melihat kembarnya yang digelar Paan bahagia dengan isteri tercinta.

kembar1

Paan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pada Jumaat.

Cukup mengenali adik kembarnya, Fais turut menitipkan pesan agar Paan sentiasa sabar dan cekal dalam menghadapi bahtera rumah tangga.

"Saya nak ucapkan tahniah, moga Paan dan isteri bahagia hingga ke syurga. Pesan saya, jagalah isteri dengan baik, didik isteri dengan baik.

InsyaAllah tiba giliran saya tiga ke empat tahun lagi. Saya pun masih muda, tak puas lagi enjoy dengan kawan-kawan.

FAIS

"Dugaan dalam perkahwinan sangat besar. Jadi kena banyak bersabar. Kalau marah, Paan kena turunkan ego," pesan Fais.

Menurut Fais, dia tidak berasa tertekan meskipun adiknya yang terlebih dahulu mendirikan rumah tangga.

Malah kata Fais, dia turut dihujani mesej dan komen daripada kaum hawa yang menawarkan diri untuk menjadi suri hatinya.

kembar3

Kisah pasangan kembar ini meraih perhatian ramai di media sosial.

"Sejujurnya saya tak tertekan, sebab ada abang kami yang belum kahwin lagi. Saya tak kisah orang cakap Paan langkah bendul pun.

"Saya pun nak fokus benda lain dulu. InsyaAllah tiba giliran saya tiga ke empat tahun lagi. Saya pun masih muda, tak puas lagi enjoy dengan kawan-kawan.

"Di media sosial, ramai yang komen dan bertanya. Mereka kata adik dah kahwin, abang bila lagi? Ramai juga yang offer diri, mereka kata masih single.

kembar4

Pasangan ini dinikahkan di Tanah Merah, Kelantan pada Jumaat.

"Saya tak ambil serius semua komen itu. Saya pun tahu mereka bergurau saja," ujar Fais lagi.

Untuk rekod, kisah pasangan kembar dari Kelantan ini pernah mendapat liputan mStar baru-baru ini.

Fais dan Paan merupakan lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan kini sedang bekerja dengan syarikat penghantaran J&T di negeri kelahiran mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain