suria

Si bongsu punca sekeluarga ‘banjir’ dalam kereta di kolej, sampaikan perjalanan balik ke Ipoh sunyi sepi... apa rahsia pasangan dikurnia 4 puteri ini

Babak air mata ketika si adik bongsu tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan kakak kesayangannya meruntun hati netizen.

SEIRING dengan peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), kebanyakan institusi pengajian tinggi sudah mengumumkan tarikh kemasukan semula pelajar ke kampus.

Sekian lama melalui tempoh pengajian secara atas talian (online) dari rumah, kini tiba masanya untuk para pelajar kembali ke kampus atau institusi masing-masing bagi menjalani pengajian secara bersemuka.

Sudah pasti sedikit sebanyak timbul perasaan sedih apabila terpaksa berpisah seketika dengan keluarga tercinta demi mengejar cita-cita.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua orang ada kereta, kita je naik motor” - Nak balik hostel MRSM, anak tersentak dengar luahan ibu... beg besar, kecil semua angkut guna motosikal!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar asasi buat kejutan lain dari yang lain... bersengkang mata tapi berbaloi hingga pensyarah menangis! - “Dia minta kami solat dulu setiap kali masuk waktu”

Tular di aplikasi TikTok video seorang kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak apabila menghantar kakak kesayangannya ke kampus untuk menyambung pengajian.

Situasi penuh syahdu apabila si adik memeluk kakaknya menyebabkan ibu bapa serta adik beradik yang lain turut sama mengalirkan air mata.

Sehingga kini video penuh meruntun jiwa itu meraih melebihi 1.7 juta jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Aminah Hamzah berkata momen sedih itu dirakam pada Sabtu minggu lalu ketika dia dan suami menghantar anak kedua mereka, Aina Masturah Amil Shah Bana,18, melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas), di Jitra, Kedah.

"Sebenarnya sebelum hantar kakaknya, anak bongsu saya, Alissa Zalikha yang berumur tujuh tahun tu dah tahu kakaknya yang dipanggil Aina nak sambung pelajaran ke Jitra.

"Masa mengemas, packing barang pun dia dah sedih. Tapi apabila tibanya hari kami sekeluarga hantar Aina, dia tak dapat tahan kesedihan dan menangis.

kolej 2

Zalikha dan Aina begitu akrab sehingga si bongsu berusia tujuh tahun itu tidak dapat menahan kesedihan apabila kakak kesayangannya melanjutkan pelajaran.

"Masa kereta tengah beratur nak turunkan anak masing-masing, tiba-tiba Zalikha minta kakak Aina dia jangan pergi. Kakak Aina dan dua kakaknya yang lain dah berair mata.

"Saya pun sebagai ibu memang sedih tapi cuba nak sorokkan. Bila Zalikha dah mula babak air mata, semua satu kereta banjir," cerita wanita berusia 41 tahun itu.

Menurutnya, mereka semua memujuk Zalikha dan memberi jaminan akan kembali menjemput si kakak apabila menjelang cuti sempena perayaan Deepavali, awal November depan.

Bercerita mengenai keakraban hubungan anak-anaknya, Siti Aminah berkata anak bongsunya itu sememangnya rapat dengan kakak keduanya.

kolej 1

Keluarga bahagia Siti Aminah dan Amil Shah Bana yang dikurniakan empat puteri.

"Dengan kakak sulung dan kakak ketiganya pun dia rapat. Tapi dengan Aina ni terlebih rapat sebab Aina ni paling suka melayan adik bongsunya dari baby lagi. Bancuh susu, ajar buat homework malah mereka tidur sebilik.

"Itu yang dia rasa sedih sangat sebab kakak kesayangannya sambung belajar. Selama ini mereka tak pernah berpisah, inilah kali pertama perpisahan sebab Aina baru dapat tawaran menyambung pengajian peringkat diploma dalam bidang Perakaunan selepas tamat SPM.

"Dalam perjalanan balik selepas selesai menghantar Aina, sunyi je kereta sampailah kami tiba rumah yang terletak di Ipoh, Perak," cerita ibu kepada empat puteri ini.

Selama ini mereka tak pernah berpisah, inilah kali pertama perpisahan sebab Aina baru dapat tawaran menyambung pengajian peringkat diploma.

SITI AMINAH HAMZAH

IBU

Menurut Siti Aminah, dia sememangnya suka merakam momen-momen bersama ahli keluarganya sama ada ketika bercuti atau ketika menghabiskan masa bersama-sama.

"Ini adalah satu momen bermakna apabila kami hantar anak ke IPT. Tak sangka pula bila saja-saja share di TikTok boleh jadi viral. Ramai yang turut tersentuh apabila tengok video tu," katanya yang merupakan penjawat sektor swasta.

Menurut Siti Aminah, kesedihan anak bongsunya itu terubat sedikit demi sedikit dan sudah mulai ceria apabila membuat panggilan video dengan kakaknya.

kolej 4

Anak-anak gadis Siti Aminah yang berusia di antara tujuh tahun hingga 19 tahun.

"Saya hanya tahu video ni viral selepas anak sulung beritahu. Tak berbalas rasanya komen-komen orang yang turut mendoakan anak-anak saya.

"Ada juga yang kongsi pengalaman serupa ketika hantar anak sambung belajar. Tapi saya tersentuh baca komen seorang netizen ni, katanya famili dia langsung tak sedih malah pergi bercuti selepas dia pulang ke kampus.

kolej 3

Siti Aminah dan suaminya sentiasa menghabiskan masa dengan bercuti bersama anak-anak untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Kami suami isteri sememangnya sangat menitikberatkan hubungan kekeluargaan. Nak bercuti mesti kena semua complete. Setiap kali raya, wajib suami beri tazkirah... iyalah, anak kami semua perempuan.

"Kena teliti sangat-sangat. Pendekatan kami mudah, sentiasa menegur.

"Saya gembira apabila video ini sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada netizen di luar sana, terutama dari segi hubungan kekeluargaan," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain