suria

Wanita kongsi pengalaman lebih sebulan hidup tak ada air, kena kreatif... setiap hari mengangkut sampai awal pagi - “Masa tu setitis pun sangat bermakna”

Nurul berkongsi pengalaman terpaksa hidup tanpa air selama lebih sebulan.

BAYANGKAN betapa terseksanya hidup apabila terpaksa hidup tanpa air selama lebih sebulan!

Itulah nasib yang menimpa penduduk-penduduk di daerah Kuala Nerus, Terengganu pada awal Ogos lalu apabila paip utama bawah tanah di dasar Sungai Kuala Terengganu dikatakan pecah.

ARTIKEL BERKAITAN: Asalnya projek ikan, tapi pemuda ubah plan tadah kolam ‘standby’ gangguan bekalan air... kalau 6 orang boleh berenang, cukup tampung 4 rumah!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buntu fikir kesan guna air karat... tuala pink jadi coklat, 4 kali cuci baru kembali ke warna asal - “Sekarang tak nampak, dah tua baru dapat sakit”

Ketiadaan air untuk satu tempoh masa yang panjang ini memaksa penduduk untuk mengambil air dari kawasan lain atau dari lori air yang disediakan pihak yang berkenaan.

Pelbagai cara digunakan malah ada yang sanggup angkut tangki ke tempat-tempat pemberian air.

Berkongsi videonya pengalamannya di laman TikTok, Tuan Nurul asyikin, 27, berkata, dia dan suami pada mulanya menggunakan kolam renang anak mereka sebagai tempat tadahan air bersih.

Namun disebabkan kapasiti kolam tersebut yang agak kecil, mereka terpaksa berulang alik sehingga tujuh kali dari rumah mereka di Gong Badak ke rumah ibunya di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu kerana pada mulanya lori bantuan air tidak disediakan.

Katanya siri gangguan air yang pertama berlaku pada 2 hingga 13 Ogos lalu.

“Sepanjang tak ada air tu memang hari-hari angkut air, mula-mula guna kolam, memang jenuh bercinta nak tunggu air penuh sebab paip kecil.

“Saya akan ambil air dekat rumah mak dekat daerah Kuala Terengganu, kira dalam setengah jam juga nak sampai, kena bawa slow dalam 30km per jam je sebab takut air tumpah.

“Masa guna kolam satu trip dapat dalam 50 gelen air je, jadi kami kena buat dua trip pagi, dua trip petang dan tiga trip malam, memang sampai pukul 1-2 pagi baru settle,” katanya.



Nurul dan suami pada mulanya menggunakan kolam mandi anak untuk menahan air.

Katanya, mereka akan memandu dengan berhati-hati untuk memastikan tumpahan air yang minima.

“Memang masa tu kita akan rasa setitis air pun sangat bermakna,” katanya.

Menurut Nurul gangguan bekalan air kali kedua berlaku pada awal September dan kali ini ia berlanjutan sehingga hampir sebulan!

Berbekalkan pengalaman mereka yang terdahulu, kali ini Nurul dan suaminya cuba menggunakan kaedah lain yang lebih kreatif, iaitu dengan meletakkan air di dalam kanvas di belakang Toyota Hilux milik mereka.

WhatsApp Image 2021-10-19 at 11.04.43 AM

Berhenti untuk menunaikan solat.

Katanya, selain mengambil air bagi kegunaan mereka tiga beranak, mereka juga membantu jiran serta sanak saudara lain yang memerlukan.

“Bile tukar canvas tu lagi banyak air boleh muat dan boleh bagi ke rumah-rumah lain sebab kesian ada yang orang tua mengadu sakit pinggang, ada yang jatuh pun ada.

“Masa siri gangguan air yang kedua ni kami ambil air dekat tempat lain, dekat kawasan drawbridge jadi tak la jauh sangat dalam 15 minit dah sampai

"Kemudian dalam seminggu hujung-hujung tu kami ambil air dari lori dekat Tapak Pasar malam Gong Badak, yang ni lagi dekat dalam 2km je dari rumah,” katanya.

FotoJet (25)

Mereka upgrade bekas simpanan air mereka menggunakan canvas yang jauh lebih besar kapasitinya.

Pelbagai gelagat masyarakat yang boleh dilihat sewaktu tempoh gangguan air tersebut berlaku.

Malah katanya ada juga yang menjalankan perniagaan dengan menjual air yang diambil.

FotoJet (27)

Berbaris menunggu giliran, ada yang membawa tangki air sebagai bekas tadahan.

“Ada yang bawa tangki datang ambil air, ada yang penutup terbang atas jalan... lepas tu boleh tengok kereta jenis Hilux dengan lori bawa slow je memang semua orang tahu dia tengah bawa air.

“Suami akak beli pam jadi kami akan pam air ke tangki rumah orang lain yang memerlukan, memang penat gila tapi berbaloi sebab boleh tolong ramai orang.

“Ada yang jual satu trip air RM25 atau RM40, tapi kami tak buat la, kami tolong je,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain