suria

Wanita panik tengok video proses vaksinasi, dah dapat suntikan tapi vaksin tak masuk dalam badan - “Kalau slot petang saya fahamlah”

Maria hadir ke PPV di ibu kota untuk mendapatkan dos kedua vaksin AstraZeneca.

KITA sering diberi peringatan untuk memastikan jumlah isipadu vaksin dalam picagari yang akan diterima itu betul sebelum dicucuk.

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang wanita picagari yang digunakannya untuk menyuntik dos kedua vaksin yang diterimanya tidak ditekan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib baik tak jatuh gaung, pegawai Kastam akui masih fobia naik kereta dipandu orang lain... gagahkan diri memandu walau hanya 10 minit ke pejabat

ARTIKEL BERKAITAN:Risau nasib anak sulung, tukang cuci hamil 5 bulan jual bahulu selepas hilang kerja... nak bantu suami tampung belanja - “Kami tak rancang ada anak”

Mujurlah proses suntikan itu dirakam oleh Nur Diyanah Maria Azmi, 25, sebelum video berkenaan dikongsikan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, jelas menunjukkan picagari itu hanya dicucuk seketika di lengan sebelum ditarik keluar dengan keadaan cecair vaksin yang tidak terusik.

Mesra disapa Maria, dia menerima dos kedua vaksin di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur pada Rabu jam 9.30 pagi.

Anak kedua daripada tiga beradik itu meminta kebenaran terlebih dahulu kepada jururawat yang bertugas di situ untuk merakam proses vaksinasi tersebut.

"Saya masuk ke dalam cubicle nombor sembilan untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca.

"Saya minta kebenaran daripada jururawat tersebut untuk merakam proses pemberian vaksin dan dia pun bersetuju dengan syarat wajahnya tidak dirakam.

hfkjsdhfkshd

Maria berkongsi rakaman video tersebut kepada kakaknya untuk mendapatkan kepastian.

"Ketika itu saya sedang adjust kamera, jururawat itu beritahu saya yang dia tengah cucuk vaksin. Tak sampai satu saat, dia terus tarik keluar jarum dan tak tunjuk pada saya picagari yang telah kosong.

"Dia cuma letak picagari tu bersebelahan dengannya dan hanya menunjukkan botol vaksin Astra Zeneca yang digunakan ketika itu," katanya kepada mStar.

Maria berkata dia mula berasa ragu-ragu kerana pemberi vaksin tersebut tidak menunjukkan picagari yang digunakan selepas selesai proses vaksinasi.

Panik dan ingin segera mendapatkan kepastian, dia melihat semula rakaman video yang diambil sementara menunggu di ruang observasi dan turut berkongsi video tersebut kepada kakaknya Nur Aqilah Maria Azmi, 28, untuk pengesahan.

"Saya agak terkejut pada waktu itu dan melihat semula rakaman video tersebut sewaktu menunggu di ruang observasi selama 15 minit.

"Saya siap hantar video tersebut dan bertanya kepada kakak 'dia cucuk, tapi tak tekan kan?' untuk mengesahkan apa yang saya lihat di dalam video itu adalah betul.

Alasan 'tak perasan' yang diberikannya itu tidak boleh diterima kerana slot vaksin saya pada hari itu ialah pada pukul 9.30 pagi.

NUR DIYANAH MARIA AZMI

"Kakak suruh saya maklumkan apa yang telah berlaku tadi kepada petugas yang bertugas di PPV dan menunjukkan video itu kepada mereka," ujarnya yang menetap di Cheras bersama kakanya.

Maria kemudian berjumpa dengan salah seorang sukarelawan di situ untuk memaklumkan perkara yang terjadi dan dia dibawa berjumpa dengan seorang lagi petugas yang kemudiannya memanggil jururawat terbabit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Setelah menunjukkan video tersebut, jururawat yang berusia dalam lingkungan 30-an itu akur dengan kecuaiannnya dan sekali lagi memberikan vaksin kepadanya.

"Jururawat tu kata dia ada tunjuk picagari kosong selepas dah cucuk. Saya cakap yang dia hanya tunjuk botol vaksin kosong sahaja.

"Alasan 'tak perasan' yang diberikannya itu tidak boleh diterima kerana slot vaksin saya pada hari itu pada pukul 9.30 pagi. Kalau slot saya pada waktu petang saya fahamlah mungkin penat sebab dah cucuk ramai orang.

KASHD

Maria bekerja sebagai seorang perunding kesihatan di Bangsar.

"Petugas di PPV tersebut pun ada berpesan kepada jururawat tersebut untuk lebih berhati-hati kerana ini merupakan perkara yang serius dan bukan boleh dibuat main.

"Saya kemudian memaklumkan perkara ini kepada keluarga bahawa saya dah dapat vaksin yang sepatutnya sebab takut mereka bimbang. Bila dah tahu tu mereka pun terkejut juga benda macam ni jadi pada saya," katanya yang berkerja sebagai perunding kesihatan di Bangsar.

Gadis berasal dari Tebrau, Johor Bahru, Johor itu tidak menyangka insiden seperti ini akan berlaku ke atas dirinya kerana sebelum ini hanya melihat kejadian sebegitu di media sosial sahaja.

Ia sekali gus membuatkan dia berasa takut dan kurang yakin dengan kredibiliti seorang vaksinator yang bertugas di PPV kerana ia melibatkan dengan nyawa rakyat Malaysia.

Maria berharap agar perkara sebegini tidak berlaku ke atas orang lain dan berpesan kepada mereka yang bakal mengambil vaksin supaya lebih peka dengan prosedur yang sepatutnya dilakukan sepanjang proses vaksinasi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Moyes dedah sebab tidak sambar Lingard