suria

Risau nasib anak sulung, tukang cuci hamil 5 bulan jual bahulu selepas hilang kerja... nak bantu suami tampung belanja - “Kami tak rancang ada anak”

Nurul mengusahakan perniagaan bahulu manakala suaminya merupakan pengawal keselamatan.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisah pilu melibatkan Nurul Farzanah Syahirah Mohd Fareed, seorang tukang cuci yang diberhentikan kerja empat bulan lepas.

Suaminya, Abdul Malek Mohd Fauzi hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka dijangka menyambut kelahiran bayi pertama pada Disember ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil muntah sampai mata merah berair, puas doktor siasat baru tahu puncanya dari kenikmatan roti telur goyang - “Suami pun kena belajar ilmu”

ARTIKEL BERKAITAN: Buat aktiviti ikut sunnah, wanita hamil terjatuh dari kuda tetap steady walau ramai anggap sengaja ‘cari penyakit’

Mesra disapa Nurul, dia yang menetap di Cheras, Selangor mengakui risau memikirkan segala kos dan perbelanjaan yang perlu ditampung tidak lama lagi.

"Suami saya pengawal keselamatan. Kini saya hanya suri rumah. Sebelum ini saya bekerja sebagai tukang cuci. Tapi saya dah diberhentikan. Memang mencabar.

"Kami pun baru berkahwin tak sampai setahun. Kami tak merancang untuk ada anak, tapi kami terima rezeki ini.

"Cuma saya risau, sebab hanya suami yang bekerja. Macam mana nak tampung kos perbelanjaan anak nanti?

nurul3

Nurul dan suami dijangka menerima cahaya mata sulung pada Disember ini.

"Kadang-kadang saya rasa down, menangis bersendirian. Saya cuba fikir, mesti ada jalan lain," ujarnya kepada mStar.

Menurut Nurul yang kini hamil lima bulan, dia enggan terlalu lama bersedih dan cuba mencari alternatif lain bagi menampung kehidupan keluarganya.

Selepas beberapa percubaan, Nurul akhirnya yakin untuk berniaga bahulu hasil air tangan sendiri sejak Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Ada juga saya berniaga baju dan pefume sebelum ni, tapi orang tak beli sangat.

NURUL

"Risau tak cukup duit. Nak meminjam, apa pula orang kata nanti. Simpanan tu ada, tapi tak banyak.

"Jadi masa Aidiladha, saya cuba buat bahulu. Beberapa kali juga saya buat modifikasi sehingga dapat rasa yang sedap.

"Saya cuba buat agar bahulu tu rasa rangup di luar, lembut di dalam. Tapi saya hanya belajar melalui Google. Saya juga ada tanya mereka yang pernah buat bahulu.

"Bermula dengan tiga balang, kemudian bertambah lagi orang beli. Satu balang saya jual RM10 saja. Sejak Hari Raya Aidiladha, dah 60 balang terjual setakat ini," ujarnya lagi.

nurul2

Mereka berkahwin pada Disember lalu.

Menurut Nurul, hasil jualan itu akan disimpan untuk membeli kelengkapan cahaya mata sulungnya.

Malah kata Nurul, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki kerana enggan si kecil itu merasai keperitan hidup yang pernah dilaluinya sebelum ini.

"Saya berasal dari keluarga susah, tahu rasa susah tu maca mana. Jadi saya tak nak anak saya rasa perkara sama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya cuba cari alternatif untuk dapatkan duit selepas diberhentikan kerja. Ada juga saya berniaga baju dan pefume sebelum ni, tapi orang tak beli sangat.

nurul4

Bahulu yang dijual pada harga RM10 sebalang.

"Alhamdulillah, dengan hasil jualan bahulu ini, nanti saya nak beli baju, kelengkapan bayi serta persediaan untuk berpantang.

"Keluarga saya ada di Hulu Klang manakala keluarga suami di Kedah. Memandangkan sekarang tengah PKP, mungkin saya berpantang sendirian di rumah kami saja," ujarnya.

Dalam pada itu, Nurul berharap perniagaan bahulu itu akan berkembang maju dan dapat diedarkan ke seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain