suria

Syawal yang hambar! Wanita ini tak buat persiapan raya selepas ‘tragedi’ sekeluarga dijangkiti Covid-19... ‘badan dah lain’ walau disahkan pulih

Meera yang baharu dibenarkan pulang selepas 12 hari dirawat berkata, sambutan Aidilfitri kali ini begitu hambar kerana ibu dan neneknya masih dirawat di hospital. Gambar hiasan

DUGAAN menjelang Syawal.

Itulah yang dialami oleh wanita ini selepas dia, suami dan ahli keluarga rapatnya disahkan positif Covid-19.

Hanya mahu dikenali Meera, wanita ini berkata pada mulanya hanya anak buahnya diuji positif sebelum dia dan ahli keluarganya yang lain turut melakukan ujian saringan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru stage 2 dah rasa nak mati! Wanita kongsi derita dijangkiti Covid-19, dada seperti remuk setiap kali bernafas - “Sakit paling teruk seumur hidup”

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok pesakit lain menggelupur, meninggal depan mata... wanita dapat bayangkan jenazah sendiri diurus sebelum dibawa ke ICU - “Covid-19 is real, saya dah habis jaga”

Menurut Meera, hasil keputusan ujian tersebut menunjukkan hanya dirinya seorang sahaja yang positif namun beberapa hari kemudian, suami, ibu dan neneknya turut dijangkiti virus berkenaan.

Dengan 'tragedi' yang berlaku dalam keluarganya, menurut Meera, hampir pasti sambutan Syawal pada kali ini hambar dan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Tak ada persiapan apa-apa. Ibu saya dan nenek masih warded. Suami pun positif Covid-19. Jadi tak ada raya tahun ni. Tak ada beli apa-apa, tak ada baju raya baru, tak ada tudung raya, makanan raya pun tak fikir.



Menurut Meera, ibu dan neneknya ketika ini masih menerima rawatan di hospital selepas turut disahkan positif Covid-19. Gambar hiasan.

"Especially bila ibu pun sakit. Selalu memang ibu yang akan masak tapi sejak keadaan macam ni, kemungkinan besar raya akan macam hari biasa yang lain.

"Kalau boleh kami juga nak cuba elakkan bertemu orang sebab takut sangat menjangkiti orang lain," kata wanita berusia 29 tahun ini.

Sudah dibenarkan pulang selepas dirawat selama 12 hari di sebuah hospital di Johor, Meera berkata dia mengalami pelbagai simptom ketika peringkat awal seperti demam, sakit kepala, hilang deria bau dan rasa, serta sesak nafas yang teruk.

Tukar pampers pun penat. Paru-paru belum 100 peratus kembali seperti dulu. Memang doktor kata akan ambil masa.

MEERA

BEKAS PESAKIT COVID-19 TAHAP 3

Meera berkata dia dikategorikan sebagai pesakit Covid-19 tahap tiga dan pengalaman serta kesakitan selama dirawat di hospital sememangnya tidak dapat dilupakan.

Sungguhpun sudah disahkan pulih, Meera berkata dia mengalami perubahan yang ketara terutama daripada segi stamina.

"Saya dah discharge, tapi masih cepat sangat penat dan perkara-perkara rutin pun jadi penat nak buat... tukar pampers pun penat. Paru-paru belum 100 peratus kembali seperti dulu. Memang doktor kata akan ambil masa," ujar ibu kepada seorang anak ini.

Sungguhpun begitu, Meera berkata mereka sekeluarga menerima apa yang berlaku sebagai ujian dan yakin dengan hikmah yang disusun.



Meera dikategorikan sebagai pesakit Covid-19 tahap tiga dan dirawat selama 12 hari sebelum dibenarkan pulang, baru-baru ini. Gambar hiasan

"Kami akan duduk di rumah, video call je family dan kawan-kawan. Tak mahu ambil risiko. Kesihatan adalah segala-galanya. Tiada ibu, tiada makna. Memang terpaksa berjauhan untuk memastikan semuanya selamat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Hikmah atas apa yang berlaku, kami lebih menghargai keluarga, dan akan ambil kira SOP dengan lebih serius. Sekali dah terkena memang menyesal sungguh.

"Ada yang baru saja kehilangan ahli keluarga lagi beberapa hari nak raya sebab Covid-19, jadi tak apalah berjauhan sementara daripada kehilangan selamanya," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain