suria

Apa rahsianya, hanya seminit guru lancar cakap pelbagai loghat... paling sempoi tak ada skrip, semua spontan

Guru muda ini mencuri tumpuan ramai apabila bertutur loghat lima negeri dengan lancar secara spontan.

KEPETAHAN dan kelancaran pemuda ini bertutur dalam loghat atau dialek negeri yang berbeza sememangnya mengkagumkan.

Menerusi perkongsian satu video di aplikasi TikTok, dia bertutur dalam lima loghat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak dalam masa seminit secara spontan tanpa skrip!

Sementara itu dalam perkongsian video yang lain pula, dia bertutur dalam loghat Pahang, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan di mana semuanya kedengaran asli seperti anak jati negeri-negeri yang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu disiplin sekolah kacak tapi garang, paling win berleter dialek Kelantan di TikTok - “Selagi tak ganggu kerja, waktu mengajar... tiada masalah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terhibur tengok pasangan Malaysia - Amerika... bawang merah jadi ‘burung merah’, yang penting confident! - “Mula dating pun Rachel dah suka loghat saya”

Sehingga kini perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi berkenaan meraih hampir 70,000 tontonan selain ia turut tular di platform media sosial lain.

Timbul tanda tanya, apakah negeri asal pemuda berkenaan dan bagaimana dia boleh bertutur dalam loghat pelbagai negeri dengan begitu lancar.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda bernama Rusyafiq Roslee yang juga seorang guru praktikal berkata, dia sebenarnya merupakan anak jati negeri Pahang.



Rusyafiq memenangi cabaran rakannya untuk bertutur bahasa Sarawak dan berpeluang bercuti ke negeri berkenaan atas 'tajaan' rakannya.

"Ibu dan bapa saya pula pemastautin dari Bagan Serai, Perak. Jadi dari situ saya boleh bertutur slang utara... sebab ia loghat yang digunakan ketika bersama keluarga.

"Ketika melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA), saya bertemu ramai kawan yang datang dari negeri yang pelbagai. Dalam bilik saya sendiri waktu itu boleh dikatakan ada wakil setiap negeri.

"Saya tak suka kalau tak faham apa yang dicakapkan orang... boleh jadi stres. Jadi dari situ timbul keinginan untuk belajar loghat-loghat ini dari kawan-kawan. Bukan sekadar dengar dan ajuk masa bersembang tapi belajar betul-betul," kata guru berusia 24 tahun ini.



Rusyafiq (kiri) bersama rakan-rakan yang mengajarnya loghat Terengganu.

Tambahnya, dia bertuah kerana rakan-rakannya tidak keberatan untuk mengajar malah memberi sokongan padu kepadanya.

"Memang belajar betul-betul. Sewaktu 'sesi pembelajaran', saya tak bertutur dalam bahasa Melayu standard tapi kena gunakan loghat negeri yang berkenaan.

"Saya tak belajar satu demi satu, tapi serentak... maknanya gilir-gilir loghat. Start belajar pada 2015 dan sehingga kini dah enam tahun saya akan gunakan loghat-loghat yang dipelajari.

"Setiap hari saya biasanya guna lima loghat sebab bertemu dengan ramai orang yang datang dari negeri yang berbeza," ujarnya yang kini mengajar subjek bahasa Inggeris di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Memang belajar betul-betul. Sewaktu 'sesi pembelajaran', saya tak bertutur dalam bahasa Melayu standard tapi kena gunakan loghat negeri yang berkenaan.

RUSYAFIQ ROSLEE

GURU

Bercerita lebih lanjut, Rusyafiq berkata sehingga kini dia mampu menguasai hampir kesemua loghat negeri di Malaysia kecuali negeri yang biasa menggunakan bahasa Melayu standard.

"Loghat Sabah dan Sarawak pun boleh cuma bukan bahasa dari kumpulan etnik di sana. Saya pernah dicabar oleh rakan dan dia tawarkan saya tiket ke Sarawak kalau bertutur dalam dialek Sarawak.

"Alhamdulillah saya berjaya dan dapatlah saya berjalan ke sana. Bagi saya, dalam banyak-banyak loghat yang saya belajar, loghat Sarawaklah paling susah... keras lidah," katanya berseloroh.



Rusyafiq (tiga dari kiri) bersama rakan-rakan dari Sabah.

Menurut guru muda ini, dia membuat perkongsian di TikTok kerana mahu mengetengahkan loghat-loghat negeri di Malaysia dan dalam masa yang sama, mahu menyediakan content bermanfaat untuk pengguna media sosial.

"Saya tak sangka pula boleh jadi viral. Banyak komen positif dan membina daripada netizen. Saya lebih suka dan galakkan mereka komen sebab dalam masa yang sama, boleh perbetulkan kalau ada yang tak kena.



Ibu dan nenek Rusyafiq merupakan anak jati Bagan Serai, Perak.

"Tapi ada segelintir komen kata loghat saya tak 'pure' macam orang negeri asal. Saya tak kisah dan anggap ia komen membina.

"Banyak kelebihan kalau kuasai loghat negeri-negeri ni, antaranya memudahkan komunikasi. Lagi satu, kalau kita berkunjung ke negeri tersebut dan bertutur dalam loghat mereka, memang mereka akan sanjung. Ia jadi satu kepuasan kepada diri sendiri," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain