suria

Sempoi habis! Pengantin spontan ikut main drum sebelum bersanding - “Nervous akad nikah dah hilang, tapi ada gementar lain”

Pasangan pengantin membuat penampilan khas menyertai kumpulan pancaragam di majlis perkahwinan. foto ihsan Nurul Farzanah Nadirah Razali

BERBAJU Melayu, bersongkok lengkap bersamping, sekumpulan lelaki berarak mengiringi pasangan pengantin di sebuah majlis perkahwinan.

Bukan membawa dulang hantaran mahupun buah tangan seperti kebiasaan, tetapi jejaka-jejaka dalam persalinan merah dan merah jambu itu masing-masing bermain drum.

Lebih mengejutkan, pasangan pengantin kemudian membuat penampilan khas menyertai kumpulan pancaragam dengan bermain drum sebelum bersanding di pelamin.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya hati tisu, kena menyampuk untuk kasi mood happy" - Nyanyi lagu rap gaya Spiderman, pemuda ini buat kejutan di majlis kahwin sepupu

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah menangis kerana bapa pengantin, 'gadis biola' kembali serikan majlis kahwin – "Harap dapat iringi Siti Nurhaliza lagu Purnama Merindu"

Pengantin perempuan, Nurul Farzanah Nadirah Razali memberitahu, dia tidak menyangka video persembahan pada majlis perkahwinannya pada 19 Disember lalu baru menjadi tular.



Rakan-rakan mengiringi membuat persembahan.

Wanita berusia 25 tahun itu berkata, majlis perkahwinan diadakan di Masjid Tanah di Alor Gajah, Melaka itu diserikan dengan persembahan kumpulan pancaragam yang disertainya.

"Ia sebenarnya sebagai simbolik yang dibuat oleh rakan-rakan kumpulan pancaragam saya iaitu Voice of Percussion sempena majlis perkahwinan saya.

"Penampilan saya dan suami bermain drum tu adalah secara spontan selepas makan beradab, sebelum kami bersanding," kata Farzanah yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan kepada mStar.



Harzanah (kiri) dan Hasrul akui gementar membuat persembahan di majlis kahwin sendiri.

Suami Farzanah, Mohamad Hasrul Yusof pula berkata, dia dan isteri tidak berlatih untuk persembahan tersebut kerana kesibukan membuat persiapan sempena majlis perkahwinan.

"Sayalah yang paling tak bersedia sebab malam sebelum majlis saya sibuk membuat persiapan, selain menghafal untuk akad nikah. Memang rasa nervous (gementar).

Mula-mula tu risau juga kalau saya main drum tak senada atau sumbang.

MOHAMAD HASRUL YUSOF

"Esoknya bila dah selesai akad nikah tu memang rasa lega sangat. Tapi masih nervous sebab dapat tahu kena main drum dengan isteri di majlis.

"Tak buat persediaan bertambah nervous. Ingatkan nervous akad nikah dah hilang, tapi ada gementar lain pula... main drum depan orang ramai," ujarnya secara berseloroh.



Kedua-duanya mengenali ketika sama-sama belajar di UiTM Dungun.

Pemuda berusia 27 tahun itu bagaimanapun berkata, perasaan gementar itu sebenarnya lebih dirasai ketika menyertai pertandingan pancaragam (marching band) ketika menuntut di universiti beberapa tahun lalu.

Malahan kata Hasrul, dia juga mula mengenali isterinya ketika mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun di Terengganu dan menyertai kumpulan pancaragam (brass band) di universiti.

Walaupun berpengalaman sebagai guru muzik sejak dua tahun lalu, Hasrul menjelaskan bahawa kali terakhir dia membuat persembahan bersama kumpulan pancaragam adalah pada 2018.



Semasa berlatih bersama kumpulan brass band di UiTM Dungun.

"Saya kini lebih menumpukan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Kali terakhir saya bermain drum dengan Farzanah (isteri) pun pada 2014.

"Mujur saya dapat membiasakan diri bermain secara spontan di depan orang ramai walaupun dah enam tahun tak bergabung bermain drum dengan isteri.

"Mula-mula tu risau juga kalau saya main drum tak senada atau sumbang. Syukur persembahan berjalan lancar, rasa puas hati kerana dapat menghiburkan tetamu," ujar anak kelahiran Kuala Terengganu itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain