suria

Luahan bos kedai bunga 'disambut' bekas pekerja, terkejut rahsia diri didedah... kini sibuk nak buat orang tersenyum - “Dia jawab ini untuk kau”

Ali (berkaca mata) mengakui amat tersentuh sehingga mengalirkan air mata selepas mengetahu bekas pekerja yang juga sahabatnya, Ocin (baju kuning) membuat perkongsian mengenai dirinya di Twitter.

RAMAI individu melalui pengalaman perit sejak pandemik Covid-19 melanda negara bermula awal tahun lalu.

Jika disingkap di media sosial, terlalu banyak perkongsian yang dimuat naik oleh mereka yang terkesan dan menceritakan pengalaman masing-masing yang kehilangan pekerjaan, perniagaan terjejas, terpaksa pulang ke kampung dan sebagainya.

Baru-baru ini, luahan seorang pengusaha kedai bunga mengenai dugaan yang dialaminya menarik perhatian ramai, gara-gara ia dikongsikan oleh seorang bekas pekerjanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu bagi duit kepada pelancong, kini ‘bagi orang makan’! Wanita kongsi kisah Nasi Lemak Kena Benti Keje, sedih tapi beri inspirasi

ARTIKEL BERKAITAN: Akui frust berjualan di zon merah, peniaga nasi lemak tak jangka ‘pelanggan bertambah’ selepas bantu kerja kebajikan – “Jangan berhenti walau kecewa”

Terdahulu, pengusaha kedai bunga bernama Ali Yusoff ini membuat coretan di laman Instagram dan berkongsi jatuh bangun perniagaannya sehingga dia terpaksa 'memotong' gaji sendiri selama dua bulan kerana ingin menyelesaikan bayaran gaji pekerja dan lain-lain.

"Covid-19, dugaan demi dugaan. Dua bulan tak berani nak ambik gaji dari company sendiri sejak PKPB sebab nak settlekan kos 'overhead'. Kadang tengok staf makan sedap, kita tahan je perut. Muka nampak senyum, hati koyak beb.

"Itulah kehidupan dah macam berjudi, tak semua rasa kebahagiaan. Terlintas aku nak buat campaign Spread The Happiness. Asalnya, buat untuk marketing plan. Aku dapat lebih 500 DM jugak la dekat Instagram. 100 peratus gubahan bunga dekat @rovtea semua hasil tangan aku sendiri.



Luahan Ali menyentuh hati seorang bekas pekerjanya, Ocin yang kemudian memuat naik mengenai dirinya di Twitter.

"Mungkin Allah nak uji aku untuk bantu antara satu sama lain walaupun bersedekah bukan dengan duit, tapi aku rasa membahagiakan seseorang itu juga adalah sedekah," demikian sebahagian perkongsian Ali di laman Instagram.

Tanpa disedari lelaki itu, perkongsian tersebut menyentuh hati seorang bekas pekerjanya yang kemudian memuat naik coretan itu di Twitter.

Malah bekas pekerja yang dikenali sebagai Ocin itu turut menceritakan 'sisi sebenar' bekas majikannya itu menerusi satu bebenang.

"Ni ex-bos aku, aku pernah kerja dgn dia setahun lebih. Meh aku spill the tea pasal dia ni. Dia ni gila b*b* punya orang. Kerja non stop, struggle dia lain macam. Hati baik sangat, sampai kena pijak dengan orang.

"Aku baca caption dia pasal Spread The Happiness. Meh aku spread your goodness sepanjang dia jaga aku masa aku jadi staf dia," tulis pelayar berkenaan.



Ali sama sekali tidak menyangka luahannya mengenai jatuh bangun perniagaannya menyentuh hati Ocin.

Sehingga kini bebenang tersebut meraih 11,800 retweet selain 21,400 like.

Tidak menyangka bekas pekerja yang juga sahabatnya membuat perkongsian mengenai dirinya di Twitter, Ali berkata dia begitu terharu sehingga menitiskan air mata sebaik sahaja mendapat tahu mengenainya.

"Di dalam bebenang tu, Ocin ada tag nama saya. Sebab agak sibuk, hanya waktu petang saya betul-betul tahu. Memang keluar air mata bila baca... tak sangka pun dia tulis macam tu tentang saya.

"Iyalah, sekarang ni kalau buka Twitter, pasti ada yang 'toksik'. Tapi perkongsian sahabat saya sedikit sebanyak menyebar perkara positif.

"Jujurnya, orang lelaki ni jarang nak cakap benda-benda macam tu mengenai rakan lelakinya dekat media sosial. Sebab itu saya terharu. lebih terharu bila baca doa dan komen positif netizen. Bila saya hubungi dan tanya Ocin mengenai posting tu, dia jawab 'ini untuk kau'" katanya ketika dihubungi mStar.



Antara contoh jambangan bunga yang digubah oleh Ali menerusi kempen Spread The Happiness yang dicetuskannya.

Menurut pemuda berusia 26 tahun ini, dia sudah tiga tahun membuka sebuah kedai bunga, Rovtea, yang terletak di Ampang, sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun seperti mana perniagaan kecil yang lain, kedai bunga yang diusahakan Ali bersama isterinya turut tidak terkecuali dilanda badai ketika Covid-19.

Sungguhpun begitu, memahami rata-rata individu berdepan dengan pelbagai kesukaran dan tekanan ketika musim pandemik, Ali tampil memulakan Spread The Happiness, satu kempen hasil ideanya sendiri semata-mata niat untuk beramal demi memberikan senyuman kepada insan lain.

Bila saya hubungi dan tanya Ocin mengenai posting tu, dia jawab 'ini untuk kau'.

ALI YUSOFF

PEMILIK KEDAI BUNGA

"Kempen ni baru sahaja dimulakan minggu lalu. Pada mulanya target untuk pemasaran saja. Kami mulakan dengan 100 jambak bunga 'baby breath'. Sesiapa yang nak hantar kepada partner, ahli keluarga atau rakan, boleh DM.

"Tapi tak sangka sangat, sambutan menggalakkan sampai dapat 500 DM. Sedih sangat bila baca semua DM, ada yang luahkan kesedihan, stres sebab dibuang kerja dan macam-macam masalah.

"Disebabkan sambutan menggalakkan, dua hari berikutnya kami tambah kepada 300 jambak. Itupun terpaksa hadkan sebab tak menang tangan. Boleh dikatakan saya terlibat sepenuhnya dalam proses gubahan.



Ali sama sekali tidak menyangka kempen Spread The Happiness mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga dia tidak menang tangan.

"Pengirim hanya perlu bayar kos delivery saja... tiada langsung keuntungan diambil sebab niatnya dah jadi charity for happiness. Nak lihat semua orang tersenyum," katanya.

Tambah Ali lagi, sungguhpun ia tidak mendatangkan keuntungan namun dia puas kerana dapat melakukan sesuatu untuk menggembirakan orang lain walaupun bukan bersedekah dengan wang ringgit.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain