suria

Luluh baca mesej sedih ibu, baru 2 bulan bisnes dah merudum... tak ada pelanggan langsung sepanjang hari - “Saya yang beri idea, tengok-tengok tak dapat sambutan pula”

Farisa tidak menyangka perkongsiannya di Twitter mengenai luahan sedih ibunya mendapat perhatian netizen.

HATI anak mana yang tidak luluh apabila si ibu meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila perniagaan makanan kecil-kecilan yang diusahakannya tidak mendapat sambutan.

"Ibu WhatsApp cakap jualan dekat depan rumah tak dapat sambutan. I sebagai anak, luluh hati bila ibu cakap dia penat sampai nak menangis. Sale COD pun bukannya banyak. Allah haih," tulis gadis berkenaan dalam satu hantaran di Twitter.

Coretan gadis berkenaan mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati dengan nasib yang dialami ibunya, sehingga ia meraih 8,700 ulang kicau.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak dapat seorang pelanggan pun susah” - Jarak pemisah buat anak resah, simpati gerai air tebu bapa sepi... dah la cuaca buruk, PKPB pula!

ARTIKEL BERKAITAN: Akui frust berjualan di zon merah, peniaga nasi lemak tak jangka ‘pelanggan bertambah’ selepas bantu kerja kebajikan – “Jangan berhenti walau kecewa”

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Nur Adriana Farisa Halmal Basri berkata, ibunya mengusahakan perniagaan makanan tradisional dan barat secara kecil-kecilan dengan membuka gerai kecil di hadapan rumah mereka di Kluang, Johor sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di kebanyakan negeri ketika ini menyebabkan tidak ramai pelanggan yang mengunjungi gerai ibunya.



Perkongsian Farisa mengenai mesej yang dihantar ibunya menjadi tular di Twitter.

Lebih sedih menurut gadis yang senang disapa Farisa itu berkata, pernah ada ketikanya dalam sehari gerai tersebut tidak dikunjungi walau seorang pelanggan pun.

"Saya anak sulung, dan saya yang beri idea ajak ibu berniaga untuk cari pendapatan pada mulanya.

"Tengok-tengok tak dapat sambutan pula sedangkan modal dah banyak keluar," kata gadis berusia 19 tahun ini.



Ibu Farisa menjalankan bisnes makanan secara kecil-kecilan dengan membuka meja kecil di hadapan kediaman mereka.

Bercerita lebih lanjut, Farisa yang juga anak sulung daripada tiga beradik berkata, dia kemudian terdetik untuk cuba membuat hebahan di media sosial bagi membantu mempromosikan perniagaan mereka.

"Alhamdulillah, tak sangka terlalu ramai yang baik hati, mereka retweet dan ada juga yang beri cadangan dan pendapat untuk majukan perniagaan.

"Sejak viral beberapa hari lalu, ramai yang duduk di sekitar Kluang WhatsApp dan mahu beli makanan. Ada yang tanya alamat sebab mahu datang ke gerai.

Alhamdulillah, tak sangka terlalu ramai yang baik hati, mereka retweet dan ada juga yang beri cadangan dan pendapat untuk majukan perniagaan.

NUR ADRIANA FARISA

ANAK

"Ada juga hamba Allah yang DM dan dia bank-in duit. Ingatkan dia nak beli, rupa-rupanya dia masukkan sejumlah amaun dan minta sedekahkan makanan kepada orang kampung atau pelanggan lain.

"Boleh dikatakan, ibu terpaksa 'close order' kerana banyak sangat pesanan yang masuk. Syukur, ibu semakin gembira dan bersemangat untuk terus berniaga," ujarnya sambil mengucapkan terima kasih dan turut mendoakan netizen yang membantu membuat perkongsian.



Antara menu istimewa yang dijual di mana sos keju dibuat sendiri oleh ibu Farisa.

Dalam pada itu, Farisa turut berkongsi nasihat kepada mereka yang juga berdepan dengan ujian getir pada ketika ini.

"Ketika ini PKPB dan semua orang susah. Apa yang boleh saya katakan, jangan sesekali putus asa. Banyak cara yang kita boleh cuba.

"Sentiasa fikir positif dan tanamkan dalam diri bahawa setiap ujian itu pasti ada hikmahnya," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain