suria

Hanya sebab pilih kerja ‘orang tak nampak’, lepasan universiti stres dianggap hidup goyang kaki - “Mungkin sebab saya tiada office hour”

Perniagaan biskut yang diusahakan Sya bermula Mac lalu semakin laris sehingga dia tak menang tangan melayan tempahan pelanggan.

PERJALANAN hidup seorang gadis yang memulakan perniagaan biskut pada Mac lalu tidaklah semudah yang disangka.

Selain usaha keras untuk meraih kepercayaan pelanggan, dia juga dibadai emosi apabila segelintir individu rapat seolah-olah tidak yakin dengan apa yang dilakukannya.

Bercerita kepada mStar, Syalin Adlina Sazali, 25, mengakui sedih apabila perniagaan yang dilakukan itu dianggap sebagai kerjaya yang tidak menjamin masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 40 tahun jual mi kawah tiba-tiba bisnes merudum, Cik Jah ‘superwoman’ happy je layan pelanggan - "Mak tak merungut, cuma..."

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kerja OK, kini jual keropok lekor! Pemuda hilang kerja tak sangka satu mesej WhatsApp daripada abangnya mampu buka rezeki

"Saya mula berniaga selepas habis pengajian pada Mac lalu. Saya agak stres apabila orang sekeliling tak faham dan anggap saya tak bekerja.

"Ada saudara mara tanya, kenapa tak kerja lagi? Ada juga kawan mak ayah tanya perkara sama. Mereka kata kesiannya awak tak kerja.

"Malah dibandingkan pula dengan anak mereka yang bekerja. Mungkin orang tak nampak sebab saya tiada office hour. Tapi saya pun bekerja walau dari rumah," ujarnya.

Biskut Cookie Cup yang dihasilkan Sya sejak Mac lalu.

Mesra disapa Sya, dia mengakui pernah menitis air mata apabila mengenangkan segala kesusahan yang dilalui untuk meneruskan perniagaan itu.

"Orang fikir saya goyang kaki. Sedih sangat sebab saya penat. Kadang-kadang tak tidur sebab nak buat biskut.

Saya pernah menangis sebab stres, terfikir ada ke orang nak makan. Yang penting kita kena cekal dan rajin usaha.

SYALIN ADLINA SAZALI

"Saya terasa hati. Semua kerja saya buat sendiri. Buat biskut, pemasaran, layan pelanggan sehinggalah hantar kepada pelanggan.

"Orang tak nampak kita bekerja, itu yang sedih," ujarnya yang juga lepasan bidang Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Berkongsi perkembangan terbaharu, Sya mengakui segala penat lelahnya bagaikan terbalas apabila dia mula mendapat kepercayaan pelanggan sehingga tak menang tangan melayan tempahan.

Sya kini mempunyai 15 ejen pengedar biskut.

Lebih membanggakan, perniagaan yang bermula sekitar tujuh bulan lalu kini dikembangkan lagi dengan pelantikan 15 orang ejen untuk mengedarkan biskut yang dihasilkannya.

"Bermula pada bulan Mac, saya hanya dapat tempahan satu atau dua bekas biskut cookie cup dalam seminggu.

"Alhamdulillah bermula bulan Jun lalu, saya dapat dalam 100 ke 200 bekas tempahan setiap minggu selepas saya buat promosi di Twitter.

Kata Sya, dia sebelum ini pernah berkecil hati apabila usaha gigihnya berniaga dipandang rendah orang sekeliling.

"Sekarang dah ada 15 ejen. Buat mereka di luar sana yang takut-takut untuk berniaga, cubalah dulu.

"Saya pernah menangis sebab stres, terfikir ada ke orang nak makan. Yang penting kita kena cekal dan rajin usaha," ujarnya yang menetap di Klang, Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain