suria

Murid Tahun 1 ni bukan main bangga beli makanan sendiri, tapi tak tahu maksud viral - “Memang suka berangan, patutlah orang panggil kakak viral”

Summayyah memang suka bercakap sejak berusia tiga tahun setengah.

"MAKANAN pun beli sendiri na."

Begitulah celoteh seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dalam sebuah video tular di media sosial.

Gelagat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Adyna Summayyah Mohd Bakri yang petah bercakap dalam loghat Kedah siap dengan mimik muka comel berjaya mencuit hati netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 12 tahun, tapi dah sama level dengan ‘makcik bawang’... anak dedah ibunya speechless disapa di tingkap kereta sebelum tergelak kuat

ARTIKEL BERKAITAN: Memang rare! Si cilik tak kekok berpantun loghat Nogori, kata bapanya anak tiru gaya Abon - “Gifted tu... dia memang cepat tangkap”

Dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, video ini mendapat lebih 800,000 tontonan, 27,300 ulang kicau dan 35,300 tanda suka.

"Comelnya... eiiii sukanya dengaq," komen seorang netizen, iMursyidul.

Gelagat Summayyah berceloteh semasa balik sekolah pada Rabu lalu mencuit hati netizen.

"Baguih hang dik, sampai basah-basah hang ambik wuduk no. Baguih-baguih. Nanti bawak selipar tau dik. Syok tengok hang dik," kata Bunga.

Puteri Seri Mawar, kakak kepada Adyna Summayyah yang merakam gelagat adiknya itu tidak menduga video tersebut akan mendapat perhatian netizen.

"Sebenarnya dah bertahun saya upload video Summayah di Instagram saya. Kiranya Instagram saya tu dah macam dia yang punya. Tapi saya tak sangka video dia balik sekolah tu yang akan viral. Saya sendiri pun terhibur apabila ramai tiru aksi dia.

"Summayyah tak tahu dia dah viral. Dia hanya tahu orang dok tiru video dia. Dia siap tanya lagi kenapalah orang tiru kakak... lelaki misai tu tak pi sekolah ke dah tua-tua ni," kata anak keempat itu mengimbau reaksi adiknya melihat video seorang lelaki meniru gayanya yang viral itu.

Menurut Puteri, dia merakam video itu kerana ada kisah di sebalik keterujaan adiknya itu sebelum hari pertama sesi persekolahan yang bermula pada Rabu lalu.

Summayyah amat rapat dengan Puteri.

"Sebenarnya pagi tu dia macam tak happy pergi sekolah. Rupa-rupanya dia sakit perut pagi tu. Tapi dia pergi juga sekolah macam biasa.

"Balik tu dia masuk kereta saya tengok dia macam excited. Tu saya tanya syok ke tak. Dia jawab syoklah... makanan pun beli sendiri na," katanya kepada mStar.

Jelas Puteri lagi, adiknya yang bersekolah di sebuah sekolah di Jitra, Kedah itu memang aktif dan suka bercakap.

"Dia memang hyper aktif. Memang dari tadika masa umur lima tahun dia dah masuk choral speaking, siap jadi johan peringkat negeri Kedah.

Ramai ingat saya mak dia sebab jarak umur kami 19 tahun. Kalau dengan parents dia akan bahasakan diri dia adik tapi bila dengan saya, saya akan bahasakan dia kakak.

PUTERI SERI MAWAR

"Dia juga memang banyak cakap. Dia petah bercakap masa umur tiga tahun setengah. Kalau jumpa orang dia akan tegur dulu. Memang cakap macam orang tua-tua... budak banyak akai (akal). 

"Kadang-kadang bila kami malas nak layan dia akan record video selfie sendiri. Lepas tu dia gelaklah tengok apa dia cakap sorang-sorang," katanya.

Pada masa sama, Puteri mendedahkan Summayyah amat rapat dengan dirinya sehingga ada yang menyangka mereka anak beranak.

Summayyah memang suka merakam aksi video selfie meskipun berseorangan.

"Ramai ingat saya mak dia sebab jarak umur kami 19 tahun. Kalau dengan parents dia akan bahasakan diri dia 'adik' tapi bila dengan saya, saya akan bahasakan dia 'kakak'.

"Saya saja panggil macam tu sebab kalau semua panggil adik dia naik lemak. Walaupun saya garang dengan dia, dia tetap rapat dengan saya. Bila saya outstation, kami selalu video call.

"Bila dengan saya dia akan cerita macam-macam. Kadang pasal sekolah... sebelum pi sekolah tu dia 'membawang'lah. Memang dia banyak cakap. Dia diam bila tidur saja," katanya.

Sementara itu, Puteri turut bercerita bahawa Summayah ada memberitahu bahawa ada yang bertanya mengenai videonya yang viral itu di sekolah.

"Balik sekolah tu dia ada cerita. Dia tak tahu viral tu apa. Saya saja cakap kat dia viral tu 'berangan'. Lepas tu dia jawab memanglah kakak suka berangan, patutlah orang panggil kakak viral.

"Lepas tu dia beritahu dekat sekolah ada orang tanya dia... ni adik yang viral tu ke? Dia kan tak tahu viral tu apa. Jadi dia jawablah owh memanglah kami memang viral pun. Hang nak tengok kami viral dak?" katanya dalam nada berseloroh.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain