Teman lelaki online rupanya abang sendiri, pemuda ini teruk dikecam mainkan perasaan adik - Viral | mStar

Teman lelaki online rupanya abang sendiri, pemuda ini teruk dikecam mainkan perasaan adik

Pendedahan itu menjadi tular dan menerima puluhan ribu ulang kicau di Twitter.

PENDEDAHAN seorang lelaki mengenai pengalaman mempermainkan perasaan adik perempuannya sendiri menerima padah apabila dia teruk dikecam netizen.

Menurut tweet yang dimuat naik pada Ahad lalu, dia mendakwa pernah menyamar dan menjalinkan hubungan dengan adiknya suatu ketika dahulu.

"Aku pernah lah buat adik aku meroyan sebab menyamar jadi lelaki handsome lepas tu ajak dia couple pastu dia terima pastu kan aku buat tinggalkan dia sampai sekarang dia tak tahu aku ex dia," tulis lelaki itu menerusi akaun yang didaftarkan atas nama @amirulharazz.

ARTIKEL BERKAITAN: Asalkan jumpa jodoh, gadis abai persepsi Tinder lubuk 'orang gatal', “kalau cara betul, dapatlah yang baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik risau kakak umur 30 tahun masih bujang, sekali 'promo' terus dapat 200 mesej calon suami!

Selain menerima maklum balas negatif netizen, kisah itu bertambah panas apabila ia diketahui oleh adiknya yang menjadi mangsa tanpa disedari selama ini.

Ia susulan gadis itu menemui tweet berkenaan sebelum dia menghantar mesej bagi bertanyakan kepastian kepada abangnya.

Paparan tweet berkenaan yang tular.

"Jangan cakap ni akaun kau dan jangan cakap kau dah prank aku selama ni bo**h.

"Baik kau jujur dengan aku, Fahmi tu kau ke selama ni gila? Jujur lah bo**h," tulis gadis itu kepada abangnya menerusi WhatsApp.

Paparan skrin itu turut dimuat naik ke laman Twitter oleh abangnya.

Sesungguhnya ini tidak kelakar. Soal hati dan perasaan mana boleh buat lawak. As a brother patutnya protect dia bukan kecewakan dia. Kesian dia mesti struggle nak lupakan.

NETIZEN

Dalam sambungan paparan skrin yang dimuat naik, lelaki itu mengaku perbuatannya dan turut memohon maaf kepada adiknya.

"Abang Azz minta maaf. Abang Azz mengaku dulu Abang Azz lah Fahmi ex adik tu.

"Abang Azz nak cuba cuba prank je awalnya. Tapi disebabkan dendam Abang Azz pada adik Abang Azz teruskan.

"Tapi percayalah dik. Abang Azz betul-betul dah bertaubat dan berdosa. Alhamdulilah dengan kuasa Twitter ni Abang Azz dah berani nak jujur," balas lelaki itu kepada adiknya.

Paparan skrin perbualan yang dimuat naik lelaki itu.

Jelasnya lagi, dia berdendam kerana adiknya menjadi punca dia tidak dibelikan basikal oleh ibunya, suatu ketika dahulu.

"Adik dah lupa ke sebab adik ibu tak belikan abang basikal totem mountain bike yang abang nak tu.

"Kalau adik tak bagitahu dekat ibu pasal burung tu Abang Azz tak dendam tau," jelasnya panjang lebar.

Dalam pada itu, segelintir individu mendakwa cerita itu hanyalah rekaan semata-mata yang dibuat demi meraih perhatian pelayar media sosial.

Malah, ramai yang turut meninggalkan komen negatif termasuk meluahkan rasa kasihan terhadap adiknya jika cerita itu benar-benar terjadi.

Perkongsian tweet itu sehingga kini menerima lebih 24,000 ulang kicau (Retweet).

"Weh lawak ke do... Tak fikir perasaan adik kau ke kena catfish dengan abang sendiri?" tulis @fatiniqaaa.

"Sesungguhnya ini tidak kelakar. Soal hati dan perasaan mana boleh buat lawak. As a brother patutnya protect dia bukan kecewakan dia. Kesian dia mesti struggle nak lupakan," tulis seorang lagi netizen.

Artikel Lain