suria

Abang botak ditahan, motosikal dan helmet dirampas

Suspek ditahan petang Khamis di Balakong.

LELAKI yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta dengan topi keledar dalam kejadian di Taman Bukit Serdang dekat Seri Kembangan sudah ditahan.

Terdahulu video perbuatan lelaki terbabit tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan  di Balakong kira-kira pukul 3 petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Garangnya! Bengang kena hon, abang botak hayun helmet hentak cermin kereta... semuanya dirakam

"Suspek bekerja sebagai pembantu stor kilang. Kami turut merampas sebuah motosikal dan helmet yang digunakan semasa insiden itu," katanya.

Video perbuatan lelaki terbabit tular di media sosial.

Dalam pada itu, menurut Ismadi, pihaknya akan mendapatkan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat.

Tambahnya, bagaimanapun, siasatan lanjut sedang diteruskan.

Pada 28 Mei, seorang wanita berusia 22 tahun memandu di Jalan Kasturi kira-kira pukul 5.30 petang sebelum dua lelaki dikatakan berhenti mengejut di hadapan keretanya.

Bagaimanapun, seorang daripada penunggang motosikal tersebut tiba-tiba memukul cermin hadapan kenderaan itu menggunakan helmet sehingga retak.

Perbuatan lelaki itu dipercayai disebabkan tidak berpuas hati dengan pemilik kereta berkenaan kerana membunyikan hon terhadap mereka.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
abang botak, pecah cermin, helmet

Artikel Lain