Trauma dicabul 27 tahun lalu... “Dah tutup aurat masih kena raba termasuk jadi mangsa ayah sendiri” - Viral | mStar

Trauma dicabul 27 tahun lalu... “Dah tutup aurat masih kena raba termasuk jadi mangsa ayah sendiri”

Menurut mangsa, dirinya pernah dicabul biarpun pada ketika itu dia berpakaian menutup aurat dengan sempurna. (Gambar Hiasan: Mirror)

SECARA logik akalnya, wanita yang menutup aurat dengan sempurna boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pandangan gatal kaum lelaki.

Tapi bagaimana pula dengan wanita yang berpakaian litup dan sopan tapi masih lagi menjadi sasaran dan mangsa kerakusan nafsu?

Begitulah yang berlaku terhadap wanita ini apabila dia mendedahkan kisah duka yang menimpa dirinya bagi mematahkan pendapat di atas.

Berusia 32 tahun, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Rafeah berkata, pakaian sopan yang menutup aurat tidak memadai kerana dia sendiri pernah menjadi mangsa sejak berusia lima tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan dirogol bapa, datuk sejak usia 8 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis OKU trauma dirogol bapa sebanyak lima kali, abang 120 kali dan adik lelaki 60 kali

"Saya dicabul sewaktu memakai baju sekolah lengkap bertudung. Jadi pendapat itu salah sama sekali.

"Dulu masa naik basikal nak ke sekolah, ada lelaki menaiki motosikal datang cabul saya. Masa umur lima tahun saya juga pernah kena (cabul) dengan bapa saudara.

Yang paling sakit hati, ayah sendiri pun sama. Dia masuk bilik saya pagi-pagi masa tengah tidur dan raba saya.

RAFEAH

Mangsa Gangguan Seksual

"Yang paling sakit hati, ayah sendiri pun sama. Dia masuk bilik saya pagi-pagi masa tengah tidur dan raba saya," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Jumaat.

Malahan, kejadian yang menimpa dirinya membuatkan Rafeah menjadi anti kepada kaum lelaki.

Biarpun dia kini sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki dua anak, suaminya kadang-kala turut terkena tempias gara-gara dia masih trauma masa lampaunya.

"Saya sukar percaya lelaki sampai sekarang. Suami pun kena tempias.

"Sekarang ada anak perempuan, kalau dia masuk bilik uncle dia (adik saya), saya akan jadi resah dan cepat-cepat suruh dia keluar.

"Saya pernah berdoa menangis-nangis pada Allah. Tapi Alhamdulillah sejak ada anak-anak, saya berjaya kawal kemarahan. Ia satu pencapaian paling tinggi dalam hidup saya," kata Rafeah lagi.

Dedah Rafeah, bukan dia sahaja malah kakaknya juga pernah menjadi mangsa nafsu bapanya. Gambar hiasan.

Mengulas isu keselamatan kaum hawa, dia berkata bukan wanita sahaja yang perlu menutup aurat, malah kaum adam juga perlu menjaga pandangan dan nafsu mereka.

Malah, dia sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan segelintir individu yang meletakkan kesalahan dan tanggungjawab atas bahu wanita semata-mata.

"Ada manusia ni benak tau, kita explain la banyak mana pun, dia takkan faham apa yang kita cuba sampaikan. Saya memang tak setuju langsung dengan orang yang mentaliti macam ni.

"Agama kata tutup aurat. Saya dah tutup tapi kena raba. Saya bukan nak simpati tapi nak manusia yang asyik salahkan perempuan agar buka mata.

"Saya memang membesar dengan bapa yang sangat patriarki dan penunggang agama. So dah biasa berdepan dengan manusia yang akan cari alasan supaya lelaki nampak menang," jelasnya lagi.

Bercerita mengenai kehidupan lampaunya, Rafeah mendedahkan adik beradiknya yang lain turut menjadi mangsa kerakusan nafsu ayah mereka yang juga seorang penjawat awam.

Namun, entah kenapa ibunya tidak pernah membuat laporan polis sehinggalah dia bercerai dengan lelaki itu pada 2013.

rogol , cabul , aurat

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain