"Kalau dah belt sesak, bukan saja air zam zam tapi semua bagasi perlu dicampak sama," kata Ustaz Kazim

Mohd Kazim Elias.

INSIDEN kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencampakkan kotak mengandungi air zam zam milik jemaah umrah hingga tular di media sosial dikatakan berpunca daripada kesesakan di bahagian tuntutan bagasi.

Alasan itu mendapat perhatian pendakwah dan penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang berkongsi pengalaman mengenai nilai air zam zam buat jemaah yang dibawa dari Tanah Suci dan bagaimana untuk mendapatkannya.

"Air zam-zam antara buah tangan yang paling berharga apabila pulang dari Tanah Suci. Seorang hanya dapat satu botol sahaja, satu pasport satu botol. 

"Pihak agensi umrah akan ke hulu ke hilir di lapangan terbang untuk dapatkan air ini. Kemudian kena pakai pelekat satu persatu," katanya menerusi perkongsian di halaman Facebooknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh campak air zam zam di KLIA, kakitangan digantung tugas

Paparan skrin video menunjukkan kakitangan mencampakkan air zam zam milik jemaah di KLIA.

Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menjelaskan, agensi umrah kemudian perlu membawa air zam zam itu kaunter daftar masuk di lapangan terbang.

"Kena pesawat penuh punyalah lama beratur dan tunggu untuk berlepas. Bila sampai KLIA tunggu lama pulak untuk dapat air zam zam masing-masing," katanya.

Ustaz Kazim juga menjelaskan, tidak haram sekiranya air zam zam itu dilangkah atau dicampak, tetapi air minuman itu wajar dihormati. 

"Memang tidak haram dilangkah atau dicampak tapi hormatlah kepada jemaah yang bersusah payah membawa balik air ini untuk diminum, dijadikan ubat, dijadikan pembelah mulut cucu.

"Kalau betul belt (karusel bagasi) itu dah sesak... bukan setakat air zam zam tu kena campak malah semua bagasi tu lah yang perlu dicampak sama supaya belt tadi tak sesak," katanya.

Perkongsian Mohd Kazim mengenai isu kakitangan di KLIA mencampakkan air zam zam, di halaman Faceooknya.

Tambah Mohd Kazim, kebanyakan jemaah adalah dalam kalangan mereka yang uzur dan tidak cukup rehat, berikutan jadual menunaikan umrah yang padat.

"Jemaah umrah ni ramai yang uzur... daripada tawaf wida lagi sampai lah nak naik kapal terbang mereka tak berehat. Mereka letih dan bertambah letih apabila melihat air zam-zam mereka diperlakukan sebegitu," katanya.

Menurut kenyataan di halaman rasmi Facebook Pos Malaysia pada Khamis, ia merujuk kepada video perlakuan kakitangan Pos Aviation yang secara kasar mengalihkan kotak barangan dari karusel bagasi di KLIA, sebagaimana yang tular di media sosial.

Tambah kenyataan itu, siasatan awal mendapati punca utama insiden disebabkan kesesakan teruk di bahagian karusel bagasi.

“Perlakuan tersebut sebenarnya dibuat bagi mempercepatkan proses muat turun kotak tersebut. Walau bagaimanapun, kakitangan tersebut telah digantung tugas, dan kami memohon maaf di atas kejadian terpencil tersebut,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa tindakan susulan akan diambil setelah siasatan selesai dijalankan.

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain