Sebuah pikap 'terbang' yang dipandu pemandu mabuk melintasi di hadapan sebuah kereta dalam kejadian November 2024.
SEORANG wanita berkongsi detik cemas apabila suaminya hampir dirempuh sebuah pikap yang dipandu individu yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.Katanya, sudah menjadi rutinnya setiap pukul 5 pagi untuk menenami suami hingga ke pintu pagar sebelum lelaki itu memandu. "Betulkan firasat isteri tak pernah salah, doa isteri sentiasa makbul untuk suami."Masa nak tutup pagar hati rasa tak sedap. Aku doa… Ya Alah lindungilah suami aku, jaga dia sepanjang hari,” katanya menerusi muat naik di Thread.Cerita wanita itu lagi, selepas dua jam iaitu sekitar pukul 7 pagi suaminya menghubungi memaklumkan dia hampir kemalangan sebelum menghantar video papan pemuka kereta dipandunya.Video itu [Tonton Video] memaparkan sebuah pikap hilang kawalan sebelum kelihatan seakan ‘terbang’ di hadapan kereta dipandu suaminya dalam kejadian 6.27 pagi.Pikap tersebut sebelum itu juga dikatakan turut melanggar beberapa kenderaan lain di lorong bersebelahan serta merempuh tiang di tepi jalan hingga tercabut.Menurutnya, walaupun kejadian itu berlaku pada 6 November 2024, tetapi ia masih segar dalam ingatannya sehingga kini."Dah setahun lebih, tapi kejadian ni bagi kesan dekat aku sebab tengah hamil. Berderau darah masa dapat video ni dari suami."Macam-macam fikir kalau apa-apa jadi dekat suami, dekat emosi aku. Ada yang kata kes mabuk 0.5 peratus je direkodkan. Nyawa macam tak bernilai pula," katanya pada Rabu.Wanita berkenaan bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tentang punca kemalangan berkenaan berlaku serta nasib mereka yang terlibat.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang turut meluahkan kebimbangan terhadap isu pemandu mabuk."Betul-betul makbul doa isteri ya Allah. Berapa saat je suami awak terlambat, kalau tak… dah kena hentam."Pentingnya doa seorang isteri sebelum suami keluar bekerja mencari rezeki. Seriau tengok. Alhamdulillah Allah lindung," komen netizen.