POLIS sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai menampar pelajar tingkatan satu dalam satu kejadian di sebuah premis makanan di stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan. Sazalee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja, selain turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan penyebaran rakaman kejadian tersebut di platform dalam talian.Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, remaja 13 tahun tersebut dilaporkan cedera selepas ditampar secara tiba-tiba oleh suspek yang tidak dikenali.Rakaman video yang tular menunjukkan mangsa yang memakai baju Melayu datang ke premis berkenaan untuk membeli roti sebelum menuju ke kaunter kerana tiada pelanggan lain beratur, namun secara tiba-tiba ditampar lelaki terbabit.