PEMBERIAN Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat mereka akan disalurkan pada Mac 2026.Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat. "Saya dengan ini mengumumkan BKK RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak."BKK turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250," katanya.Perdana Menteri berkata bantuan tersebut akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri.Selain itu, kerajaan turut menghargai jasa golongan agama di peringkat akar umbi dengan menyalurkan sumbangan khas buat mereka."Kerajaan juga bersetuju menyalurkan sumbangan RM500 bagi menghargai khidmat 70,000 guru Kafa, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta," katanya.