suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Bengkel tayar terbakar... Lebih 40 kenderaan musnah, pekerja melecur

Api marak memusnahkan sebuah bengkel tayar di Seksyen 24, Shah Alam, Ahad malam.

SEBUAH bengkel tayar di Seksyen 24, Shah Alam musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad malam. 

Dalam insiden tersebut, lebih 40 kenderaan termasuk motosikal terbakar, selain seorang pekerja bengkel yang berusia 30-an mengalami kecederaan ringan.   

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.31 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta BBP Bukit Jelutong ke lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bau asap kuat waktu Subuh” - Penduduk gempar SM Alam Shah terbakar, blok pentadbiran musnah 100 peratus

"Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah bengkel tayar berkeluasan 5,000 kaki persegi.

"Dianggarkan premis berkenaan terbakar 90 peratus membabitkan struktur bangunan, 37 kereta berlainan jenis serta tujuh motosikal," katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Ujarnya, tiada mangsa berada dalam bangunan ketika kebakaran dan hanya seorang pekerja bengkel melecur di tangan kerana ingin mengalihkan kenderaan.

Menurut beliau, mangsa diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dihantar ke hospital oleh keluarga serta dilaporkan stabil.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 12.26 tengah malam dan operasi tamat pada pukul 2.31 pagi Isnin. 

Artikel Lain