suria

Gilis anggota polis hingga maut, empat suspek pecah rumah direman 7 hari

Kesemua suspek direman sehingga 14 Ogos untuk membantu siasatan. -Foto The Star

POLIS memperoleh perintah reman selama tujuh hari terhadap empat suspek yang didakwa melanggar mati seorang anggotanya berpangkat koperal, ketika melarikan diri setelah memecah masuk sebuah rumah di Taman Golf, Alor Setar, pada Khamis.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali terhadap suspek berusia 24 hingga 26 tahun di Kompleks Mahkamah Alor Setar pada pukul 8.45 pagi Jumaat.

Kesemua suspek direman sehingga 14 Ogos.

Dalam kejadian pada petang Khamis, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, maut digilis sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki suspek ketika menjalankan tugas di lokasi kejadian pecah rumah di Taman Golf.

Dipercayai suspek cuba mencuri peti besi dari kediaman berkenaan.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Datuk Adzli Abu Shah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Seorang suspek ditangkap di tempat kejadian manakala tiga lagi ditahan di Kepala Batas. -The Star

Artikel Lain