suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahasiswa universiti swasta dikelar bekas kekasih

Foto yang tular memaparkan mangsa mengalami cedera parah selepas dikelar pada bahagian leher.

SEORANG penuntut sebuah universiti swasta di Subang Jaya cedera parah selepas lehernya dikelar dalam kejadian pada petang Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, mangsa yang merupakan penuntut warga asing berusia 20 tahun dikelar dengan pisau.

Wan Azlan berkata pihaknya menerima maklumat pada pukul 6.30 petang mengenai kejadian seorang lelaki warga asing berusia 21 yang mencederakan bekas teman wanitanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kelar isteri hingga maut tiba-tiba bertakbir, laung kalimah syahadah ketika direman di mahkamah

"Suspek telah ditahan sejurus kejadian berlaku dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada malam Isnin.

Ujarnya, mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

"Mangsa ditempatkan di Zon Merah dan kini berada dalam keadaan stabil," katanya.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Fadizah Ajamin di talian 019-8582166 bagi membantu siasatan dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," ujarnya.

Artikel Lain