suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penceramah bebas direman tiga hari, tipu duit dua wanita guna alasan bina sekolah agama

Semakin banyak kes dilaporkan melibatkan individu menggunakan agama untuk melakukan jenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG penceramah bebas direman tiga hari bagi membantu siasatan kes dua wanita ditipu berhubung pembangunan sekolah agama membabitkan kerugian berjumlah RM140,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Selasa.

Dia ditahan sehingga Khamis ini kerana didakwa menggunakan nama institusi agama bagi meraih kepercayaan mangsa sehingga mereka menyerahkan wang.

Kedua-dua mangsa terdiri daripada pemilik dan pengurus di dua syarikat berlainan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan siasatan awal mendapati kedua-kedua mangsa mengenali suspek sebagai seorang pendakwah bebas, beberapa tahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Lain