suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai penguat kuasa ditahan terima habuan RM100,000 daripada syarikat pengangkutan

Seorang pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Sabah selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM100,000. -Gambar hiasan

SEORANG pegawai penguat kuasa ditahan kerana didakwa menerima rasuah secara bulanan daripada syarikat pengangkutan di Sabah selama kira-kira setahun.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan selepas memberikan keterangannya di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Kinabalu, pada Khamis malam.

Menurut sumber SPRM, suspek dikatakan menerima hampir RM100,000 antara Oktober 2023 dan November tahun lalu dengan bayaran secara bulanan antara RM300 hingga RM3,000.

Bayaran daripada kira-kira 30 syarikat itu sebagai 'wang dorongan' untuk tidak mengambil tindakan terhadap kenderaan syarikat kerana melanggar peraturan lalu lintas, kata sumber itu.

Penahanan itu susulan daripada tangkapan terhadap seorang pembantu penguat kuasa di pejabat SPRM, pada Selasa lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Beliau menambah, suspek dibebaskan dengan jaminan RM20,000 SPRM dengan seorang penjamin. -The Star

Artikel Lain

Joey BPR meninggal dunia