suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya tinggal jaring koyak... Pekerja ladang dibaham buaya ketika kutip hasil tangkapan di sungai

Seorang lelaki maut dibaham buaya di Kinabantangan. -Gambar hiasan

SEORANG pekerja ladang ditemukan maut akibat dibaham buaya di daerah Kinabatangan, Sabah.

Mayat Brono Kamil Nahak, 25 tahun, ditemukan oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 10.45 pagi Khamis, sekitar satu kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Untuk rekod, Brono pergi ke sebatang sungai di ladang Tong Hup sekitar pukul 12.30 tengah hari, Rabu untuk mengutip hasil tangkapannya daripada jaring yang dipasang di sana.

Namun dia tidak pulang ke rumah, menyebabkan rakan-rakannya mula melakukan pencarian.

Mereka hanya menemui sehelai baju, topi, kasut, motosikal dan jaring yang koyak di kawasan tersebut.

Pekerja ladang yang bimbang segera melaporkan kehilangan itu kepada pihak bomba untuk mendapatkan bantuan kerana khuatir mangsa dibaham buaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Esther Ng dipilih Pengerusi ANN

Artikel Berikut

Artikel Lain