suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki OKU cedera, penagih kelar leher guna pisau poket

Mangsa dikejarkan ke hospital selepas dicederakan. -Foto Facebook Kluang Hari Ini

POLIS menahan seorang lelaki berusia 45 tahun kerana mengelar leher orang kurang upaya (OKU) di hadapan sebuah kedai runcit di Taman Kluang Barat, Johor.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian itu berlaku pukul 1.50 tengah hari pada Ahad.

“OKU itu seorang lelaki berusia 32 tahun. Dia dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom untuk dirawat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Bahrin, suspek ditahan pada hari yang sama pukul 6.17 petang berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Bersatu di Johor.

Menurutnya lagi, suspek mengaku bersalah atas jenayah mencederakan mangsa menggunakan pisau poket (lipat).

“Semakan latar belakang mendapati suspek mempunyai kes lampau dalam rekod jenayahnya membabitkan jenayah dan dadah.

"Dia disahkan positif morfin," kata Bahrin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain