suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lamborghini terbakar! Seorang maut, seorang cedera kereta terbabas

Sebuah kereta jenis Lamborghini terbabas ke dalam longkang dan terbakar. Foto ihsan JBPM

MALANG tidak berbau, seorang lelaki maut selepas kereta Lamborghini yang dinaiki terbabas sebelum terbakar di Kilometer (KM) 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur di Bentong, pada Ahad.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataannya.

Menurut JBPM, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.32 pagi.

Susulan itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Seorang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Manakala seorang lagi mangsa yang turut mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital oleh orang awam," menurut kenyataan itu.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain