suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ngeri! 2 gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan tersebar... Keadaan hampir sama dalam info kertas siasatan viral

Zayn Rayyan maut dibunuh sebelum mayatnya dibuang di sungai.

SELEPAS fakta kes, kini gambar keadaan mayat yang didakwa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dipercayai ketika proses bedah siasat pula tersebar di media sosial.

Dikatakan dua gambar yang dimuat naik di aplikasi Telegram sejak malam Sabtu itu adalah keadaan mangsa selepas ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor.

Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penularan kertas siasatan kes pembunuhan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan tersebar, ini reaksi polis

Untuk rekod, ibu dan bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu kemudiannya ditahan pada 31 Mei lalu di sekitar Puncak Alam, Selangor dan direman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain