suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga sekeluarga lemas di Batang Kali... Bapa ‘pergi’ bersama dua anak serentak

Mangsa ditemui pada jarak 30 meter dari lokasi mereka lemas.

SEORANG lelaki dan dua anaknya ditemukan lemas di Sungai Balak berdekatan Jalan Genting Lama Batang Kali, Hulu Selangor pada Ahad.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, semua mangsa ditemukan pada jarak 30 meter dari lokasi mereka lemas.

"Menurut laporan awal, terdapat tiga mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

"Semua mangsa ditemui pada jarak 30 meter dari lokasi mereka lemas," ujarnya dalam satu kenyataan.

lemas2

Seorang lelaki dan dua anaknya ditemukan lemas di Sungai Balak.

Keluarga itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) untuk bedah siasat.

Terdahulu, JBPM menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 1.09 tengah hari.

Operasi itu melibatkan sepasukan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain