suria

Semua mangsa nahas helikopter tiba di HRPB... 10 van jenazah diiringi kenderaan polis, tentera

Kesemua korban dibawa ke HRPB kira-kira 6 petang Selasa. -Foto Bernama

KESEMUA mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak kira-kira 6 petang Selasa.

Sepuluh mangsa yang terkorban dibawa dari Pangkalan TLDM Lumut ke HRPB untuk proses bedah siasat.

Kesemua mangsa dibawa menggunakan 10 van jenazah yang diiringi kenderaan polis serta tentera.

IPOH, 22 April - - Ahli keluarga terdekat melihat ambulans yang tiba di Unit Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, membawa mangsa  nahas dalam insiden helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini.TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kesemua mangsa akan dibedah siasat di HRPB. -Foto Bernama

Terdahulu, TLDM menerusi satu kenyataan berkata pengurusan jenazah dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut.

TLDM turut mengesahkan 10 mangsa yang maut dalam nahas itu terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

Untuk rekod, dua helikopter iaitu jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) bertembung di Pangkalan TLDM Lumut pada pagi Selasa.

Pertembungan itu menyebabkan sebuah helikopter terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Sebuah lagi pesawat jenis HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain