suria

Tarikh cerap anak bulan Syawal pada 9 April, guna kaedah rukyah dan hisab

Cerapan anak bulan digunakan untuk menentukan pertukaran bulan Islam. -Gambar The Star

TARIKH melihat anak bulan Syawal pada tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah.

Makluman itu disampaikan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja atas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab

Sebagai makluman, kaedah rukyah bermaksud untuk mencerap anak bulan bagi menentukan sudah masuknya bulan baharu, manakala hisab pula adalah perhitungan astronomi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain