suria

Guru wanita didakwa bercinta dengan pelajar, buat ‘gigitan cinta’ direhatkan

Tangkap layar di laman X mengenai dakwaan membabitkan seorang guru wanita.

GURU wanita yang didakwa menjalin hubungan dengan pelajarnya berusia 17 tahun, direhatkan dari tugas sehingga siasatan berhubung kes terhadapnya selesai.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, guru wanita itu perlu mematuhi sepenuhnya proses siasatan kes itu yang dijalankan oleh pihak polis terlebih dahulu dan kemudiannya Kementerian Pendidikan (KPM).

"Ia masih dalam siasatan polis, dan saya telah berulang kali menegaskan bahawa kementerian komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.

"Ketika ini, kami (KPM) ketika ini mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya.

"Jadi guru itu tidak ada langsung kaitan atau pun akses kepada para pelajar, dia direhatkan sehingga siasatan selesai," kata Fadhlina kepada pemberita, pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti guru wanita anak lima main cinta dengan pelajar sendiri terbongkar! Video berdua-duaan di pantai tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu nampak kesan merah di leher anak selepas balik study dengan cikgu - Polis

Terdahulu, pihak polis telah menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki terbabit yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.

Malah pelajar itu didakwa mempunyai kesan kemerahan pada leher susulan hubungan sulit yang terjalin.

Guru wanita yang didakwa itu dikatakan sudah mempunyai suami dan lima anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain